Wannura Orkid

Orkid Spesis dan Hibrid

Flickingeria bancana Hawkes – Orkid Spesis

Posted by Wannura di 16 Julai 2010

Flickingeria bancana Hawkes – Orkid Spesis

Ini adalah orkid liar dari spesis yang kecil lebih umum di selatan Semenanjung Malaysia.

Cabang-cabang aerialnya adalah lebih pendek dan saiz bawang semunya (pseudobulbs)  yang paling besar ialah hanya kira-kira  4 -6 sm panjang sahaja. Bunganya yang berwarna agak cerah itu keluar  dari belakang daunnya menyebabkan kadang-kadang kita boleh terlepas pandang, hanya berukuran kira-kira 12 mm sahaja itu adalah agak tebal dan berkilat.

Tinggalkan komen