Orkid spesis : Coelogyne asperata
Posted by Wannura di 9 Julai 2010
Orkid spesis Coelogyne asperata boleh dijumpai di Sumatera dan Malaysia hingga ke New Guinea dan Kepulauan Solomon. Di sesetengah tempat, orkid ini adalah biasa. Ia boleh tumbuh di atas batu yang berlumut atau pun di tunggul-tunggul kayu seperti tunggul rambutan yang sangat diminatinya. Ia ditanam secara semulajadi samada dengan penyebaran spora dari buahnya yang telah matang atau pun dari pembiakan pseudobulb (umbi semu). Bunganya sederhana besar dan keluar dari tangkai seperti pelepah tersusun rapi kira-kira 10 – 40 kuntum semuanya dan boleh bertahan selama seminggu. Selain dari bunganya yang menarik, ia mempunyai bau yang sangat harum seakan-akan bau rempah.
Tinggalkan Jawapan