Wannura Orkid

Orkid Spesis dan Hibrid

Eria biglandulosa J.J.Sm – Orkid Spesis

Posted by Wannura di 16 Julai 2010

Eria biglandulosa J.J.Sm

Orkid spesis ini biasanya mudah kelihatan di Kuching, Sarawak di mana ia mudah tumbuh dan banyak didapati hidup di dahan-dahan pokok dalam bandar dan taman di sana. Ia memiliki umbi semu (pseudobulbs) yang bersaiz besar dan berbentuk bujur lonjong dengan rerambut perang kemerahan dan daunnya juga bersaiz besar 4- 5 helai yang keluar dari apex serta mengeluarkan bunga berjuntaian kelihatan seolah-olah seperti rambut ; biasanya lebih panjang daripada daunnya.

Tinggalkan komen