Aërides flabellata Rolfe ex Downie (Orkid Spesis)
Posted by Wannura di 9 Julai 2010
Orkid spesis ini kurang dikenali berbanding beberapa spesis Aërides lain, A. flabellata ditemui di hutan dataran rendah dan bukit-bukit di bahagian utara Thailand dan Indocina, di mana ia sering kelihatan tumbuh di dalam kebun di desa. Ia adalah tumbuhan yang kecil (untuk genus ini) dan membawa hingga 15 kuntum bunga yang tiada beraroma pada satu-satu tangkai. Saiz bunganya adalah sekitar 2 sm lebar dan bertahan selama 10 – 14 hari. Tidak seperti banyak spesies Aërides yang lain, warna bunganya didapati tidak berbagai-bagai (variable).
Tinggalkan Jawapan