Orkid spesis jenis epifit ini mempunyai lebih banyak batang pokok yang tegak dan bunganya yang berbeza sedikit di bahagian lidahnya berbanding Eria densa. Ia adalah biasa dikalangan spesis yang tumbuh di dataran rendah serta boleh ditemui di berbagai jenis hutan dan mudah dikenali jika ia tumbuh di ladang getah dan di kebun-kebun buah. Ia dicatatkan tumbuh di ketinggian sehingga 1200 meter.
Archive for Ogos 2010
Eria floribunda Lindl. (Orkid spesis)
Posted by Wannura di 28 Ogos 2010
Posted in Orkid Spesis | Di tag: Orkid, orkid hutan, orkid liar, orkid spesis | 1 Comment »
Arundina graminifolia (Anggerik Buluh) – Orkid spesis
Posted by Wannura di 28 Ogos 2010
Arundina graminifolia atau dipanggil anggerik buluh (bambu) adalah sejenis orkid spesis yang hidup di atas tanah (terrestrial) dan boleh di temui di kawasan 1500 meter dari aras laut . Di Malaysia, ia mudah kelihatan di sepanjang lebuhraya Utara – Selatan (PLUS) serta jalan di tepi bukit yang masih ada semak. Ia hidup subur di kawasan lapang yang mendapat pancaran matahari penuh. Di kawasan tanah yang tinggi, suhu sejuk seperti di Cameron Highlands, kita dapati sepal dan petal orkid orkid ini berwarna putih manakala di kawasan tanah rendah pula, bunganya lebih besar serta sepal dan petalnya agak lebih kuat warnanya iaitu merah jambu .
Posted in Orkid Spesis | Di tag: Orkid, orkid hutan, orkid liar, orkid spesis | 2 Comments »
Bulbophyllum angustifolium – Orkid spesis
Posted by Wannura di 14 Ogos 2010
Orkid spesis jenis apifit ini adalah biasa ditemui di hutan berbukit dari 1000 – 1800 meter altitud , di mana ia membentuk kelihatan seperti ‘tirai ‘ ; berjuntaian dari atas dahan pokok jenis terbuka. Umbi semunya (pseudobulbs) adalah kira-kira 3 – 7 sm jarak di antara satu sama lain. Tangkai perbungaannya yang 2 – 10 sm panjang mempunyai bunga 3 – 7 kuntum berhampiran hujungnya. Bunga biasanya berwarna krim ke kuning dengan jingga ke merah di hujung kelopak (tips).
Posted in Orkid Spesis | Di tag: Orkid, orkid hutan, orkid liar, orkid spesis | Leave a Comment »
Bromheadia finlaysoniana – Orkid spesis
Posted by Wannura di 13 Ogos 2010
Orkid spesis jenis terestrial ini adalah biasa di kebanyakan tempat. Ia hidup di tanah gambut, berpasir atau tanah paya, di sepanjang jalan masuk ke hutan dari aras laut hingga ke 1100 meter ketinggian tanahnya. Orkid ini juga biasanya tumbuh di kawasan-kawasan terbuka yang panas di laman rumah di kampung-kampung. Setiap perbungaannya mempunyai sehingga 75 kuntum bunga yang besar , menarik dan berbau wangi dengan 1-4 kuntum bunga yang mekar serentak.
Posted in Orkid Spesis | Di tag: Orkid, orkid hutan, orkid liar, orkid spesis | Leave a Comment »
Aërides rosea – Orkid spesis
Posted by Wannura di 13 Ogos 2010
Orkid spesis Aërides rosea dikenali sinonim dengan Aërides fieldingii, ia sesuai hidup di kawasan yang mempunyai cuaca panas kering yang panjang. Bunganya mempunyai pelbagai warna dari merah jambu (rosy-pink) hingga ke ungu muda; dimana warnanya kelihatan menjadi pucat di pangkal sepal dan petalnya. Ianya berbunga semasa penghujung musim cuaca kering dan bertahan selama 2 minggu.
Posted in Orkid Spesis | Di tag: Orkid, orkid hutan, orkid liar, orkid spesis | 1 Comment »