Masuk hutan cari orkid liar
Posted by Wannura di 19 Julai 2010
Oleh Mohd Rafi Mamat(2010/02/11)
KESUNTUKAN masa sebagai pegawai perubatan di sebuah klinik kerajaan di Shah Alam, Selangor bukan penghalang kepada Dr Nor Izah Dahman, 34, untuk menjayakan hobi mengumpul pokok orkid liar. Selepas lapan tahun terbabit dengan aktiviti itu, dia kini mampu berbangga dengan memiliki kira-kira 420 spesies orkid liar tempatan dan antarabangsa.
Selain memiliki 420 spesies orkid liar, Dr Nor Izah turut mempunyai lebih 2,000 orkid kacukan yang kini ditempatkan di Felda Bukit Puchong, Bera, Pahang. Sokongan padu suaminya, Mohd Haikhairi Nordin, 34, yang turut meminati tanaman orkid melancarkan lagi semua usaha dan perancangan. “Saya lebih memberi tumpuan kepada orkid liar tempatan dan antarabangsa yang mempunyai keunikan tersendiri daripada segi warna, bentuk dan bau berbanding orkid kacukan yang begitu banyak di pasaran. “Kesukaran mendapatkan orkid liar selain terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar antara cabaran yang menambahkan lagi minat saya mengumpul tumbuhan berkenaan,” katanya yang berasal dari Felda Bukit Mendi, Bera, Pahang. Menurutnya, setiap kali ada masa terluang dia dan suami balik ke kampung untuk melihat perkembangan selain melakukan kerja pembiakan, membaja dan meracun.
Pokok orkid mudah daripada segi penjagaannya. Pada musim panas, tumbuhan berkenaan perlu disiram setiap hari sementara aktiviti membaja dan meracun dilakukan dua minggu sekali bergantung kepada keadaan.
Dr Nor Izah yang menganggotai Persatuan Orkid Shah Alam berkata, setiap bulan dia akan bertemu dengan peminat orkid seterusnya menyertai pertandingan anjuran Persatuan Orkid Shah Alam. Selain Persatuan Orkid Shah Alam yang aktif menganjurkan pertandingan, beberapa persatuan lain di seluruh negara tidak ketinggalan mengadakan pelbagai program. Katanya, setiap kali menyertai pertandingan dia hanya bersaing dalam kategori orkid liar manakala pencapaian terbaiknya tahun lalu apabila dia muncul juara saingan bulan September. Ibu kepada tiga anak ini berkata, dia mendapatkan orkid liar dengan membeli daripada masyarakat Orang Asli dan pembekal di seluruh negara selain mencarinya di hutan. Dengan ditemani suami, dia masuk ke hutan untuk mencari orkid liar yang tumbuh liar menumpang pada pokok. Untuk mengambil orkid itu pula, ia perlu menggunakan galah.
Menurutnya, selain memiliki orkid liar tempatan, dia juga mempunyai koleksi orkid liar dari luar negara seperti Papua New Guinea dan Singapura. “Selain sebagai koleksi, saya menjual beberapa spesies orkid liar dengan harga antara RM15 dan RM80, bergantung kepada spesies, bunga dan kesukaran untuk mendapatkannya. “Saya hanya menjual orkid pada individu tertentu saja, ini bagi memastikan pokok berkenaan tidak mati apabila ia tidak dijaga dengan baik,” katanya yang terus berusaha menambah koleksi orkid liar.Dr Nor Izah berkara, selain memiliki pelbagai bentuk dan warna, keunikan lain yang terdapat pada bunga orkid liar ialah bau dan saiz bunga berkenaan. Menurutnya, dia dan suami kini dalam proses membuka ladang dan pusat jualan seluas empat hektar di Bera yang akan menempatkan orkid liar termasuk pelbagai jenis pokok bunga.
Dr Nor Izah yang menganggotai Persatuan Orkid Shah Alam berkata, setiap bulan dia akan bertemu dengan peminat orkid seterusnya menyertai pertandingan anjuran Persatuan Orkid Shah Alam.
Selain Persatuan Orkid Shah Alam yang aktif menganjurkan pertandingan, beberapa persatuan lain di seluruh negara tidak ketinggalan mengadakan pelbagai program.
Katanya, setiap kali menyertai pertandingan dia hanya bersaing dalam kategori orkid liar manakala pencapaian terbaiknya tahun lalu apabila dia muncul juara saingan bulan September. Ibu kepada tiga anak ini berkata, dia mendapatkan orkid liar dengan membeli daripada masyarakat Orang Asli dan pembekal di seluruh negara selain mencarinya di hutan. Dengan ditemani suami, dia masuk ke hutan untuk mencari orkid liar yang tumbuh liar menumpang pada pokok. Untuk mengambil orkid itu pula, ia perlu menggunakan galah. Menurutnya, selain memiliki orkid liar tempatan, dia juga mempunyai koleksi orkid liar dari luar negara seperti Papua New Guinea dan Singapura.
“Selain sebagai koleksi, saya menjual beberapa spesies orkid liar dengan harga antara RM15 dan RM80, bergantung kepada spesies, bunga dan kesukaran untuk mendapatkannya. “Saya hanya menjual orkid pada individu tertentu saja, ini bagi memastikan pokok berkenaan tidak mati apabila ia tidak dijaga dengan baik,” katanya yang terus berusaha menambah koleksi orkid liar. Dr Nor Izah berkata, selain memiliki pelbagai bentuk dan warna, keunikan lain yang terdapat pada bunga orkid liar ialah bau dan saiz bunga berkenaan.
Menurutnya, dia dan suami kini dalam proses membuka ladang dan pusat jualan seluas empat hektar di Bera yang akan menempatkan orkid liar termasuk pelbagai jenis pokok bunga.
zakaria bin mat ali said
tak ada gambar orkid pun . alamat saya no 9 tmn seri pantai.pantai johor, alur star kedah. dan no 303 batu 5/12 titi gajah alur star kedah no tel; 0124730356, 04 7144066 ok tua
zainura66 said
Saudara Zakaria boleh lihat post saya yang terbaru di mana saya telah menjumpai orkid spesis; coelogyne asperata Lindl. di dalam hutan berserta dengan gambar orkidnya sekali.
Salam ceria selalu.
kurshiah said
PUAN ZAINURA DR NUR IZAH JUAL ORKID LIARKAN TAK BOLEH KE DAPATKAN DIA PUNYA EMAIL
zainura66 said
Boleh, tapi kena tunggu dia beri komen dulu di sini.
Sabarlah menunggu….
zakaria said
zakaria assla.kum dr. di mana dapat beli buku nama2 orkid hutanyg berserta gambar nya sekali
zainura66 said
Waalaikumsalam,
saudara boleh beli buku yang bertajuk ‘A to Z of South East Asian Orchid Species’ Pengarang oleh Peter O’Byrne. Buku yang saya beli ni berharga lebih kurang RM100 senaskah (5 tahun lepas).
Wassalam.
ZAKARIA AHMAD said
saya pun salah seorang peminat orkid hutan malaysia. saya ZAKARIA AHMAD.Asal dari sibu sarawak..saya selalu masuk hutan seluruh sarawak mencari orkid hutan dan pokok bunga hutan yanh jarang d jumpai..di sini saya menbawa pulang bunga2 yg unik dan di tanam di halaman kita sebagai hiasan.Dengan itu,banyak bunga bunga orkit hutan kita masih tidak tahu apa nama nya…ada yang tidak ada di dalam senarai buku-buku orkid..harapan kita suatu masa nanti rumah kita akan d jadikan tempat perlancungan untuk bunga2 hutan ini..amin.siapa yang berminat boleh lah masuk ke fb kita zackteku@gmail.com
zainura66 said
Ini adalah satu usaha yang bagus tuan Zakaria kerana sekiranya kita tidak berbuat sedemikian, orkid hutan akan pupus dan tidak akan dikenali langsung. Sekiranya persekitaran rumah tuan sesuai ditanam orkid hutan, ini adalah satu ‘bonus’ sebab orkid spesis ini memerlukan persekitaran yang sesuai untuk terus hidup dan membiak. Semoga kita boleh berkongsi maklumat tentang orkid spesis ini.
NORAZLAN said
KAT KEDAH DIMANAKAH PERSATUAN ORKID
zainura66 said
Tuan boleh buat pertanyaan di sini :
FEDERATION OF MALAYA
ORCHID SOCIETY
C/O, No. 6
Changkat Dumbar
Jelutong, 11600 Penang.
04 – 6563696
Frederick said
Reporting of factual information in a free and fair manner is the very essence of this profession.
Clearly, however, newspapers need to try harder
to take advantage of new technologies to tell their stories in ways that
attract and involve readers, young or old. That may be, the temperature
that is certainly most effective for catching fish.
You can read more about Todays English news headlines.
Newspapers internationally are becoming more than ever like a television network providing current breaking news stories.
asraf said
saya muhammad asraf dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur…mengajak puan untuk mempromosi KUALA LUMPUR ORKID yang bertempat di Taman Botani perdana..saya di sini meminta jasa baik puan untuk mempromosi KLOPS2015 di blog puan..jika puan berminat boleh dpt kan email