Orkid spesis jenis epifit ini biasanya tumbuh di dahan pokok-pokok yang rendah di dalam hutan dari ketinggian aras laut hingga ke 1500 meter. Tumbuhan ini membentuk daun padat yang berumbai . Perbungaannya adalah pendek dan hanya mengeluarkan 4 cabang sahaja. Namun bunga yang boleh dihasilkan sebanyak 40 kuntum, tetapi hanya 1-2 kuntum sahaja yang mekar pada satu-satu masa dan hanya bertahan sehari
Archive for 11 Julai 2010
Bromheadia scirpoidea (Ridl.) – Orkid Spesis
Posted by Wannura di 11 Julai 2010
Posted in Orkid Spesis | Di tag: Orkid, orkid hutan, orkid liar, orkid spesis | Leave a Comment »
Brachypeza indusiata (Rchb.f.) Garay (Orkid Spesis)
Posted by Wannura di 11 Julai 2010
Spesis ini adalah agak biasa bagi sesetengah kawasan hutan yang sangat lembab. Ia tumbuh di batang dan dahan pokok berkayu yang kuat teduhannya pada ketinggian di antara dari aras laut hingga 300 meter. Ia mempunyai batang pokok yang pendek dengan 5 – 7 helai daun yang agak lembut dan mudah bertukar keunguan bila tercedera. Bunganya akan kembang 1 atau 2 kuntum serentak; warna bunganya ada pelbagai dari putih hingga kuning, dengan bintikan merah jambu.
Posted in Orkid Spesis | Di tag: Orkid, orkid hutan, orkid liar, orkid spesis | Leave a Comment »
Ascocentrum miniatum (Lindl.) Schltr. (Orkid Spesis)
Posted by Wannura di 11 Julai 2010
Ascocentrum miniatum (Lindl.) Schltr.
Orkid spesis ini lebih dikenali di Jawa, Malaysia dan Thailand walaupun taburannya yang tepat belum ditemui lagi. Di Jawa spesis ini adalah agak umum; di mana ia hidup subur di kawasan dari 0 -1200 meter ketinggian dalam hutan dan kebun dan suka di tempat terbuka dan terang. Pokok orkid ini yang berupa rumpun, 20-30 sm tinggi dan berdaun agak tebal keluar berpasangan biasanya mengeluarkan bunga kira-kira 40 kuntum bersaiz 12 mm lebar dan berwarna jingga -kemerahan.
Posted in Orkid Spesis | Di tag: Orkid, orkid hutan, orkid liar, orkid spesis | Leave a Comment »
Agrostophyllum glumaceum Hook.f. (Orkid Spesis)
Posted by Wannura di 11 Julai 2010
Spesies ini adalah agak umum di sesetengah tempat di Malaysia dan Borneo; dan hidup subur di kawasan yang mencapai hingga 1100 meter. Orkid ini adalah agak berlainan kerana ia hanya mempunyai 3 -5 helai daun sahaja pada setiap belah batang pokoknya di mana mereka terikat oleh selubung panjang yang longgar. Ia mengeluarkan jambakan bunga yang bersaiz 3 sm lebarnya di mana setiap jambak hanya ada sehingga 5 kuntuman bunga sahaja dan bunganya adalah berwarna putih.
Posted in Orkid Spesis | Di tag: Orkid, orkid hutan, orkid liar, orkid spesis | Leave a Comment »
BUNGA PUTERI DIGERUNI PRIBUMI ZAMAN DULU
Posted by Wannura di 11 Julai 2010
FAKTA BUNGA PUTERI (Oleh : Ismail Sai)
Bunga Puteri adalah spesies orkid yang terbesar di dunia dan ia diketahui tumbuh liar menumpang di atas pokok yang tinggi di dalam hutan. Batangnya berjurai sepanjang tiga meter dan rumpun pangkalnya dipenuhi dengan akar angin.
Bunganya keluar pada tangkai yang tegak sepanjang dua meter dan pada satu tangkai terdapat empat hingga 50 kuntum bunga yang besar. Kuntum bunga ini kembang sekuntum dan berakhir sehingga tiga bulan dan ia kelihatan unik dan menarik apabila berbunga lebat di atas pokok yang tinggi.
Nenek moyang kita zaman dulu amat gerun dengan kehadiran bunga orkid ini yang sering dikaitkan dengan penunggu atau pokoknya kepunyaan Puteri Bunian. Masyarakat pribumi tidak berani mengambil bunganya, jauh lagi merosakkan pokoknya menyebabkan keindahan dan keunikan orkid ini terus terpelihara. Pokok orkid ini lebih dikenali sebagai bunga Puteri atau Bidadari .
Kehadiran ahli sains barat ke alam Melayu, terus mengenalpasti tumbuhan ini sebagai orkid terbesar di dunia dan menamakannya Grammatophyllum Speciosum atau Tiger Orchid. Orkid ini terus ditanam di taman botani luar negara dan ada yang melakukan kajian dan hibrid ke atas bunga ini bagi warna bunga yang lebih menarik.
Di Malaysia, bunga Puteri atau Bidadari ini jarang ditemui lagi tumbuh liar di hutan. Orkid ini juga jarang ditanam di taman awam. Kadangkala terdapat juga orkid ini ditanam di taman persendirian dan penggemar orkid menanamnya di sekitar rumah. Di luar negara seperti di Thailand, pokok ini banyak ditanam di taman awam kerana keunikannya yang berbeza dengan spesies orkid lain yang menjadi tarikan pelancong.
Pembiakan orkid bunga Puteri adalah dengan cara membelah rumpunnya. Belahan rumpun yang mempunyai akar angin ditanam terus ke dalam pasu besar atau kotak penanaman yang diisi dengan pecahan batu bata merah atau arang kayu. Belahan rumpun boleh juga diletakkan pada pangkal dahan pokok besar dan diikat supaya tidak jatuh.
Sebagai pokok menumpang (epifit) orkid ini mudah hidup dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Bagaimanapun, bunga Puteri memerlukan cahaya matahari secukupnya selain putaran angin yang baik. Bunga Puteri juga memerlukan nutrien yang seimbang bagi kesuburan dan pengeluaran bunganya. Baja Welgrow 15:15:15 disyorkan bagi orkid ini yang perlu disembur seminggu sekali.
Posted in Artikel | Di tag: Orkid, orkid hutan, orkid liar, orkid spesis | 3 Comments »