Wannura Orkid

Orkid Spesis dan Hibrid

Catasetum Marcocarpum

Posted by Wannura di 24 Julai 2021

Bunganya

Kredit Foto : Rakan Facebook ; Haji Yussof Ali

Posted in Orkid Hibrid | Di tag: | Leave a Comment »

Bulbophyllum blepharistes (Rchb.f.)- orkid spesis

Posted by Wannura di 1 November 2012

Orkid spesis Bulbophyllum blepharistes (Rchb.f.) yang tahan lasak mempunyai dua helai daun ini agak mudah ditemui di kawasan hutan yang mempunyai cuaca kering, tumbuh dari ketinggan aras laut hingga sekurang-kurangnya 800 meter. Ia mempunyai umbi semu atau pseudobulb yang sederhana besar, agak tebal dan berbentuk bersegi empat serta daunnya juga agak tebal serta tahan hidup dalam masa musim kering yang panjang. Tangkai perbungaannya panjang menghasilakan kudup bunga yang banyak di bahagian hujung tangkainya; satu hingga 3 kuntum bunga akan mekar serentak untuk beberapa hari.

Posted in Orkid Spesis | Di tag: , , , , , , | Leave a Comment »

Orkid Ekor Tikus (Orkid spesis)

Posted by Wannura di 25 Oktober 2012

Paraphalaenopsis Labukensis adalah merupakan satu spesies dalam genus Paraphalaenopsis..Ia juga dikenali dengan nama Orkid Ekor Tikus kerana daunnya yang boleh tumbuh panjang hingga 2 meter. Orkid ini berbunga pada musim bunga dengan saiz bunga kira-kira 6.2 cm lebar. Bunganya berbau harum. Daunnya boleh tumbuh sehingga lebih 2 meter panjang. Tumbuhan ini boleh ditemui tumbuh di atas pokok dan batu-batu di kawasan lembah di Sabah, Borneo pada ketinggian 500 hingga 1000 meter.
Orkid ini biasanya sesuai ditanam dalam bakul dan digantung dan biasanya memerlukan cahaya matahari penuh dan suhu di antara suam dan panas. Jika ia digantung atau dipasang pada gabus, akar nya mesti disiram dengan kerap dan jika ia ditanam dalam pasu, ia harus disiram 1 hingga 2 kali seminggu. Orkid ini perlu ditanam dalam media yang sentiasa lembap tetapi tidak basah seperti beberapa keping medium sphagnum lumut. Pastikan orkid ini ditempatkan di kawasan dengan kelembapan yang tinggi.

Posted in Orkid Spesis | Di tag: | Leave a Comment »

Bunga Orkid Telinga Gajah atau Orkid Borneo

Posted by Wannura di 24 Oktober 2012

Terdapat orkid spesis yang dipanggil Orkid Telinga Gajah atau Orkid Borneo. Ia berbunga 2 kali setahun dan harga sepokok boleh mencecah RM10,000.00 !. Bagi pencinta orkid, anda boleh lah ke Taman Bukit Tawau kerana ia menyimpan kira-kira 700 spesis orkid di Taman Botani yang terletak di Taman Bukit Tawau.

Posted in Orkid Spesis | Di tag: | Leave a Comment »

Dendrobium leporinum

Posted by Wannura di 2 Oktober 2012

Posted in Orkid Hibrid | Di tag: , , | Leave a Comment »