Wannura Orkid

Orkid Spesis dan Hibrid

Posts Tagged ‘tikus’

Orkid Ekor Tikus (Orkid spesis)

Posted by Wannura di 25 Oktober 2012

Paraphalaenopsis Labukensis adalah merupakan satu spesies dalam genus Paraphalaenopsis..Ia juga dikenali dengan nama Orkid Ekor Tikus kerana daunnya yang boleh tumbuh panjang hingga 2 meter. Orkid ini berbunga pada musim bunga dengan saiz bunga kira-kira 6.2 cm lebar. Bunganya berbau harum. Daunnya boleh tumbuh sehingga lebih 2 meter panjang. Tumbuhan ini boleh ditemui tumbuh di atas pokok dan batu-batu di kawasan lembah di Sabah, Borneo pada ketinggian 500 hingga 1000 meter.
Orkid ini biasanya sesuai ditanam dalam bakul dan digantung dan biasanya memerlukan cahaya matahari penuh dan suhu di antara suam dan panas. Jika ia digantung atau dipasang pada gabus, akar nya mesti disiram dengan kerap dan jika ia ditanam dalam pasu, ia harus disiram 1 hingga 2 kali seminggu. Orkid ini perlu ditanam dalam media yang sentiasa lembap tetapi tidak basah seperti beberapa keping medium sphagnum lumut. Pastikan orkid ini ditempatkan di kawasan dengan kelembapan yang tinggi.

Posted in Orkid Spesis | Di tag: | Leave a Comment »