Wannura Orkid

Orkid Spesis dan Hibrid

Archive for 28 Ogos 2010

Eria floribunda Lindl. (Orkid spesis)

Posted by Wannura di 28 Ogos 2010

Orkid spesis jenis epifit ini mempunyai lebih banyak batang pokok yang tegak dan bunganya yang berbeza sedikit di bahagian lidahnya berbanding Eria densa. Ia adalah biasa dikalangan spesis yang tumbuh di dataran rendah serta boleh ditemui di berbagai jenis hutan dan mudah dikenali jika ia tumbuh di ladang getah dan di kebun-kebun buah. Ia dicatatkan tumbuh di ketinggian sehingga 1200 meter.

Posted in Orkid Spesis | Di tag: , , , | 1 Comment »

Arundina graminifolia (Anggerik Buluh) – Orkid spesis

Posted by Wannura di 28 Ogos 2010

Arundina graminifolia atau dipanggil anggerik buluh (bambu) adalah sejenis orkid spesis yang hidup di atas tanah (terrestrial) dan boleh di temui di kawasan 1500 meter dari aras laut . Di Malaysia, ia mudah kelihatan di sepanjang lebuhraya Utara – Selatan (PLUS) serta jalan di tepi bukit yang masih ada semak. Ia hidup subur di kawasan lapang yang mendapat pancaran matahari penuh. Di kawasan tanah yang tinggi, suhu sejuk seperti di Cameron Highlands, kita dapati sepal dan petal orkid orkid ini berwarna putih manakala di kawasan tanah rendah pula, bunganya lebih besar serta sepal dan petalnya agak lebih kuat warnanya iaitu merah jambu .

Posted in Orkid Spesis | Di tag: , , , | 2 Comments »