Eria floribunda Lindl. (Orkid spesis)
Posted by Wannura di 28 Ogos 2010
Orkid spesis jenis epifit ini mempunyai lebih banyak batang pokok yang tegak dan bunganya yang berbeza sedikit di bahagian lidahnya berbanding Eria densa. Ia adalah biasa dikalangan spesis yang tumbuh di dataran rendah serta boleh ditemui di berbagai jenis hutan dan mudah dikenali jika ia tumbuh di ladang getah dan di kebun-kebun buah. Ia dicatatkan tumbuh di ketinggian sehingga 1200 meter.
hetty said
Hai Wannura,
dimana saya boleh dapatkannya?