Archive for September 2010
Eria citrina – Orkid spesis
Posted by Wannura di 2 September 2010
Spesis jenis epifit yang menarik ini biasanya boleh ditemui di negeri- negeri yang berbukit bukau serta telah dicatitkan sebagai orkid liar yang hidup di dalam hutan pada ketinggian 1200 meter. Ia mempunyai batang pokok yang tegak dengan daunnya yang tersusun rapi. Perbungaannya di dapati keluar di bahagian hujungnya mempunyai sebanyak 2 – 3 tangkai.
Posted in Orkid Spesis | Di tag: Orkid, orkid hutan, orkid liar, orkid spesis | Leave a Comment »
Eria cepifolia – Orkid spesis
Posted by Wannura di 2 September 2010
Orkid spesis kecil ini yang jarang diketemui adalah semulajadi di dataran rendah Borneo. Ia hidup subur di dahan-dahan pokok terutamanya yang berada di tepi sungai. Ia juga boleh dijumpai di dalam hutan yang mencapai sehingga 1400 meter ketinggiannya. Ia jarang sekali terdapat di Malaysia dan Thailand. Umbi semunya berkeadaan tidak lurus dengan daunnya yang berselang-seli . Perbungaannya dihasilkan sehingga 1-5 tangkai pada satu-satu masa.
Posted in Orkid Spesis | Di tag: Orkid, orkid hutan, orkid liar, orkid spesis | Leave a Comment »
Dendrobium linguella – Orkid spesis
Posted by Wannura di 2 September 2010
Orkid spesis jenis terjumbai ini sangat umum di daerah dengan curahan hujan sepanjang tahun. Ia hidup di atas dahan-dahan pokok dari aras laut hingga lebih 1000 meter ketinggian kawasan tersebut. Orkid ini mempunyai batang pokok yang ramping serta berdaun yang hanya akan gugur selepas setahun setelah ia mengeluarkan bunganya yang bertangkai pendek sebanyak 2 – 6 kuntum (atau lebih) bersaiz 2 sm lebar dan bertahan selama seminggu. Warna bunganya pelbagai iaitu dari putih hingga merah jambu atau ungu pucat dengan bibirnya yang berwarna kuning pucat
Posted in Orkid Spesis | Di tag: Orkid, orkid hutan, orkid liar, orkid spesis | Leave a Comment »
Dendrobium farmeri – Orkid spesis
Posted by Wannura di 2 September 2010
Orkid spesis yang mudah berbunga ini boleh ditemui di kawasan dari aras laut hingga pada kira-kira 1000 m ketinggiannya, hidup di dalam hutan jati atau hutan hujan yang biasa keadaannya mempunyai teduhan sepanjang tahun. Pendebungaannya yang bertangkai 15 – 20 sm panjang mempunyai sebanyak 40 kuntuman bunga yang bersaiz 3 sm lebar dan bertahan selama seminggu. Warna bunganya pelbagai dari putih ke merah jambu selalunya berbibir kuning ke jingga.
Posted in Orkid Spesis | Di tag: Orkid, orkid hutan, orkid liar, orkid spesis | Leave a Comment »