Wannura Orkid

Orkid Spesis dan Hibrid

Posts Tagged ‘orkid hutan’

Bulbophyllum blepharistes (Rchb.f.)- orkid spesis

Posted by Wannura di 1 November 2012

Orkid spesis Bulbophyllum blepharistes (Rchb.f.) yang tahan lasak mempunyai dua helai daun ini agak mudah ditemui di kawasan hutan yang mempunyai cuaca kering, tumbuh dari ketinggan aras laut hingga sekurang-kurangnya 800 meter. Ia mempunyai umbi semu atau pseudobulb yang sederhana besar, agak tebal dan berbentuk bersegi empat serta daunnya juga agak tebal serta tahan hidup dalam masa musim kering yang panjang. Tangkai perbungaannya panjang menghasilakan kudup bunga yang banyak di bahagian hujung tangkainya; satu hingga 3 kuntum bunga akan mekar serentak untuk beberapa hari.

Posted in Orkid Spesis | Di tag: , , , , , , | Leave a Comment »

Bulbophyllum auricomum (Lindl.) – Orkid spesis

Posted by Wannura di 30 September 2012

Bulbophyllum auricomum berada dalam sekumpulan kecil spesis Bulbophyllum yang mana mempunyai dua daun yang akan jatuh pada permulaan musim kemarau, hanya sebelum perbungaan bermula. Ia hanya tumbuh di kawasan yang mana terdapat satu musim kering yang berbeza, jadi ia adalah agak biasa dijumpai di selatan Myanmar dan telah direkodkan dari satu kawasan di Sumatera. Dalam sebahagian Myanmar, spesis yang menarik ini dijual di pasaran tempatan, ia tumbuh biak di laman dan dinding rumah.

Aroma bunganya yang manis itu mempunyai perbungaan yang bertangkai panjang melengkung dan bertahan sehingga kira-kira 10 hari sahaja. Saiz sekuntum bunga ialah 5 mm.

Umbi semu (pseudobulbs) berbentuk bujur-panjang yang hanya mempunyai 2 hingga 3 helai daun agak tipis

Di negara Myanmar, orkid spesis ini di panggil Tha Zin (Royal Flower) atau ‘bunga di raja’ . Ia tumbuh secara semulajadi di Myanmar, Thailand, Sumatera dan Jawa.

Ia adalah sinonim dengan Bulbophyllum foenisecii C.S.P.Parish ex Rchb.f. 1865; Bulbophyllum tripetaloides (Roxb.) Schltr. 1914; Dendrobium tripetaloides Roxb. 1832; Phyllorchis auricoma (Lindl.) Kuntze 1891

Posted in Orkid Spesis | Di tag: , , , , , | Leave a Comment »

Bulbophyllum auratum (Lindl.) Rchb.f (Orkid Spesis)

Posted by Wannura di 26 September 2012

Orkid spesis ini adalah biasa dikenali bagi peminat orkid, yang sering memanggilnya dengan nama lama: Bulbophyllum campanulatum. Ia tumbuh di dalam hutan dari aras laut hingga sekurang-kurangnya 1100 meter ketinggiannya. Biasanya perbungaannya dilindungi dalam lapisan mukus yang tebal dan akan hilang apabila bunganya kembang. Bunganya biasa mempunyai sepal sisi berwarna merah jambu, tetapi bentuk alba jarang adalah lebih popular bagi penanam atau pencinta orkid.

Posted in Orkid Spesis | Di tag: , , , , , | Leave a Comment »

Bulbophyllum atratum J.J.Sm. (Orkid spesis)

Posted by Wannura di 23 September 2012

Orkid spesis jenis ini yang amat jarang dijumpai dan hanya beberapa daripada spesimen dikenali yang telah ditemui tumbuh pada dahan pokok hutan di atas gunung dari 600-1200 meter ketinggiannya. Ia membentuk pseudobulbs berrumpun, bersaiz sebesar kacang yang mempunyai daun agak besar dan keras di petiole berbeza. Jambakan perbungaannya adalah sehingga 50 cm panjang; sebahagian seolah-olah bengkak dan berisi serta mempunyai bunga bersaiz 5 mm berjalur panjang yang dilindungi dengan rerambut halus.

Posted in Orkid Spesis | Di tag: , , , , , | Leave a Comment »

Dendrobium anosmum Lindl. (Orkid spesis)

Posted by Wannura di 7 September 2012

Dendrobium anosmum ini merupakan orkid spesis yang terkenal dengan ‘daun luruh’ mempunyai batang pokok yang boleh tumbuh dengan panjang nya sehingga 300 cm tetapi biasanya dijumpai lebih pendek.

Perbungaannya yang banyak terbentuk pada batangnya tanpa mempunyai daun, setiap tangkai akan membawa 1-2 bunga yang besar; serta beraroma jem raspberry. Manakala bunganya yang berwarna putih adalah biasa dalam penanaman orkid jenis ini.

Posted in Orkid Spesis | Di tag: , , , , , | Leave a Comment »