Wannura Orkid

Orkid Spesis dan Hibrid

Archive for the ‘Orkid Spesis’ Category

Bulbophyllum auricomum (Lindl.) – Orkid spesis

Posted by Wannura di 30 September 2012

Bulbophyllum auricomum berada dalam sekumpulan kecil spesis Bulbophyllum yang mana mempunyai dua daun yang akan jatuh pada permulaan musim kemarau, hanya sebelum perbungaan bermula. Ia hanya tumbuh di kawasan yang mana terdapat satu musim kering yang berbeza, jadi ia adalah agak biasa dijumpai di selatan Myanmar dan telah direkodkan dari satu kawasan di Sumatera. Dalam sebahagian Myanmar, spesis yang menarik ini dijual di pasaran tempatan, ia tumbuh biak di laman dan dinding rumah.

Aroma bunganya yang manis itu mempunyai perbungaan yang bertangkai panjang melengkung dan bertahan sehingga kira-kira 10 hari sahaja. Saiz sekuntum bunga ialah 5 mm.

Umbi semu (pseudobulbs) berbentuk bujur-panjang yang hanya mempunyai 2 hingga 3 helai daun agak tipis

Di negara Myanmar, orkid spesis ini di panggil Tha Zin (Royal Flower) atau ‘bunga di raja’ . Ia tumbuh secara semulajadi di Myanmar, Thailand, Sumatera dan Jawa.

Ia adalah sinonim dengan Bulbophyllum foenisecii C.S.P.Parish ex Rchb.f. 1865; Bulbophyllum tripetaloides (Roxb.) Schltr. 1914; Dendrobium tripetaloides Roxb. 1832; Phyllorchis auricoma (Lindl.) Kuntze 1891

Posted in Orkid Spesis | Di tag: , , , , , | Leave a Comment »

Bulbophyllum dentiferum Ridl. – Orkid sdpesis

Posted by Wannura di 31 Julai 2012

Orkid spesis Bulbophyllum dentiferum Ridl. jenis epifit ini biasa tumbuh di tanah rendah di Thailand. Orkid ini menghasilkan bunga 12-30 kuntum . Bintik-bintik berwarna merah jambu pada sepal itu berubah-ubah.

Posted in Orkid Spesis | Di tag: , , , , , | Leave a Comment »

Adenoncos sumatrana J.JSm. (Orkid spesis)

Posted by Wannura di 12 Julai 2010

Spesies epiphytic kecil ini sangat umum di hutan-hutan Malaysia dan Sumatera, di mana ia tumbuh dari paras laut hingga ketinggian 1.200 m. Orkid ini memiliki batang pendek yang sering bercabang; kadang-kadang menghasilkan pokok yang cukup besar. Daunnya 3 cm tebal dan segar dan memiliki hujung yang runcing. Bunganya yang wangi bersaiz 1 sm dengan mudah diabaikan kerana perbungaan yang sangat singkat dan biasanya terletak di bawah batang.

Posted in Orkid Spesis | Di tag: , , , | Leave a Comment »