Habitat orkid spesis yang menarik jenis terestial ini iaitu Calanthe triplicata biasa kelihatan di taman-taman atau ditanam sebagai koleksi oleh pencinta orkid spesis .Ia biasanya dijumpai di atas bukit dari aras laut hingga mencapai ketinggian 1,500 meter, tetapi biasa-
nya banyak terdapat di sekitar 500 – 900 meter yang kawasan agak lembab. Sebenarnya orkid dari genera ini mempunyai spesis yang banyak dan seakan-akan sepertinya. Unik sekali bunga orkid ini kerana ia kelihatan seperti ‘orang yang memakai topi besar dengan memakai bow putih sedang tergantung!!!’. Walaubagaimana, bunganya yang cantik ini akan mudah bertukar menjadi biru lebam apabila ia tercedera akibat disentuh dengan kuat atau diramas.
Posts Tagged ‘terrestrial’
Calanthe regnieri Rchb.f – Orkid spesis
Posted by Wannura di 1 Ogos 2012
Posted in Orkid Spesis | Di tag: Calanthe, calanthe regnieri, Orkid, orkid hutan, orkid liar, orkid spesis, terrestrial | Leave a Comment »
Arundina graminifolia (D. Don.) Hochr – Orkid spesis
Posted by Wannura di 28 Julai 2012
Arundina graminifolia atau dipanggil anggerik buluh (bambu) adalah sejenis orkid spesis yang hidup di atas tanah (terrestrial) dan boleh di temui di kawasan 1500 meter dari aras laut . Di Malaysia, ia mudah kelihatan di sepanjang lebuhraya Utara – Selatan (PLUS) serta jalan di tepi bukit yang masih ada semak. Ia hidup subur di kawasan lapang yang mendapat pancaran matahari penuh. Di kawasan tanah yang tinggi, suhu sejuk seperti di Cameron Highlands, kita dapati sepal dan petal orkid orkid ini berwarna putih manakala di kawasan tanah rendah pula, bunganya lebih besar serta sepal dan petalnya agak lebih kuat warnanya iaitu merah jambu atau ungu muda.
Posted in Orkid Spesis | Di tag: Anggerik buluh, Orkid, orkid hutan, orkid liar, orkid spesis, terrestrial | Leave a Comment »