Orkid spesis bersaiz sederhana jenis epiphytic (hidup tumpang pokok lain) ini mempunyai taburan yang luas dan sangat umum di sesetengah kawasan dengan ketinggian di antara 500 – 1200 meter. Ia biasanya tumbuh menumpang di atas pokok-pokok hutan, di ladang dan kebun.
Daunnya panjang bersifat agak keras serta lasak itu mempunyai tangkai bunga yang panjang serta membawa di antara 10 – 20 kuntum bunga yang kembang serentak. Ia dikatakan hanya boleh didapati di India dan Sri Lanka bagi jenis spesis ini yang benar-benar asli.
Kawan Wannura Puan Rina Samarkhand, warganegara Mongolia yang berkunjung ke taman kami mengambil kesempatan untuk berposing di sebelah orkid ini.
Posts Tagged ‘orkid spesis’
Cymbidium bicolor Lindl. – Orkid spesis
Posted by Wannura di 2 Ogos 2012
Posted in Orkid Spesis | Di tag: Cymbidium, Cymbidium bicolor, Orkid, orkid hutan, orkid liar, orkid spesis | Leave a Comment »
Calanthe triplicata (Willem,) Ames – Orkid spesis
Posted by Wannura di 2 Ogos 2012
Habitat orkid spesis yang menarik jenis terestial ini iaitu Calanthe triplicata biasa kelihatan di taman-taman atau ditanam sebagai koleksi oleh pencinta orkid spesis .Ia biasanya dijumpai di atas bukit dari aras laut hingga mencapai ketinggian 1,500 meter, tetapi biasanya banyak terdapat di sekitar 500 – 900 meter yang kawasan agak lembab. Sebenarnya orkid dari genera ini mempunyai spesis yang banyak dan seakan-akan sepertinya. Unik sekali bunga orkid ini kerana ia kelihatan seperti ‘orang yang memakai topi besar dengan memakai bow kuning sedang tergantung!!!’. Walaubagaimana, bunganya yang cantik ini akan mudah bertukar menjadi biru lebam apabila ia tercedera akibat disentuh dengan kuat atau diramas.
Posted in Orkid Spesis | Di tag: Calanthe, Orkid, orkid hutan, orkid liar, orkid spesis, triplicata | Leave a Comment »
Calanthe regnieri Rchb.f – Orkid spesis
Posted by Wannura di 1 Ogos 2012
Habitat orkid spesis yang menarik jenis terestial ini iaitu Calanthe triplicata biasa kelihatan di taman-taman atau ditanam sebagai koleksi oleh pencinta orkid spesis .Ia biasanya dijumpai di atas bukit dari aras laut hingga mencapai ketinggian 1,500 meter, tetapi biasa-
nya banyak terdapat di sekitar 500 – 900 meter yang kawasan agak lembab. Sebenarnya orkid dari genera ini mempunyai spesis yang banyak dan seakan-akan sepertinya. Unik sekali bunga orkid ini kerana ia kelihatan seperti ‘orang yang memakai topi besar dengan memakai bow putih sedang tergantung!!!’. Walaubagaimana, bunganya yang cantik ini akan mudah bertukar menjadi biru lebam apabila ia tercedera akibat disentuh dengan kuat atau diramas.
Posted in Orkid Spesis | Di tag: Calanthe, calanthe regnieri, Orkid, orkid hutan, orkid liar, orkid spesis, terrestrial | Leave a Comment »
Calanthe ceciliae Rchb.f – Orkid spesis
Posted by Wannura di 31 Julai 2012
Orkid spesis Calanthe ceciliae yang menarik ini boleh ditemui di kawasan hutan dari ketinggian aras laut hingga kira-kira 2000 meter; di sesetengah kawasan , orkid ini adalah biasa di kawasan hutan yang agak rendah. Bunganya yang berwarna keputihan biasanya di dapati di Jawa Timur.
Posted in Orkid Spesis | Di tag: Calanthe, Calanthe ceciliae, Orkid, orkid hutan, orkid liar, orkid spesis | 1 Comment »
Bulbophyllum patens King ex Hk.f – Orkid spesis
Posted by Wannura di 31 Julai 2012
Orkid spesis Bulbophyllum patens ini biasanya mudah ditemui menjalar di batang dan dahan-dahan pokok di hutan paya serta boleh juga dijumpai di jenis hutan tanah rendah dari aras laut hingga ketinggian 200 meter. Ia hanya mengeluarkan sekuntum bunga sahaja pada satu-satu masa dan mempunyai sedikit aroma wangian. Uniknya orkid ini mempunyai bibir yang boleh di gerak-gerakkan.
Posted in Orkid Spesis | Di tag: Bulbophyllum, Orkid, orkid hutan, orkid liar, orkid spesis, patens | Leave a Comment »