Orkid ini adalah amat biasa di sesetengah tempat di Malaysia dan Borneo. Ia tumbuhan jenis epifit di dalam hutan dari aras laut hingga ketinggian kira-kira 600 meter. Umbi semunya (pseudobulbs) yang berbentuk bujur telur itu berjarak 2- 6 sm merayap di atas dahan. Perdebungaannya pula keluar dari pangkal umbi semunya.
Biasanya ia mengeluarkan bunganya 5 – 8 kuntum dalam bentuk separa bulatan serta warnanya didapati mempunyai pelbagai. Orkid ini mudah didapati di dalam koleksi peminat-peminat orkid.