Orkid spesis bersaiz sederhana jenis epiphytic (hidup tumpang pokok lain) ini mempunyai taburan yang luas dan sangat umum di sesetengah kawasan dengan ketinggian di antara 500 – 1200 meter. Ia biasanya tumbuh menumpang di atas pokok-pokok hutan, di ladang dan kebun.
Daunnya panjang bersifat agak keras serta lasak itu mempunyai tangkai bunga yang panjang serta membawa di antara 10 – 20 kuntum bunga yang kembang serentak. Ia dikatakan hanya boleh didapati di India dan Sri Lanka bagi jenis spesis ini yang benar-benar asli.
Kawan Wannura Puan Rina Samarkhand, warganegara Mongolia yang berkunjung ke taman kami mengambil kesempatan untuk berposing di sebelah orkid ini.
Posts Tagged ‘Cymbidium’
Cymbidium bicolor Lindl. – Orkid spesis
Posted by Wannura di 2 Ogos 2012
Posted in Orkid Spesis | Di tag: Cymbidium, Cymbidium bicolor, Orkid, orkid hutan, orkid liar, orkid spesis | Leave a Comment »