Arundina graminifolia atau dipanggil anggerik buluh (bambu) adalah sejenis orkid spesis yang hidup di atas tanah (terrestrial) dan boleh di temui di kawasan 1500 meter dari aras laut . Di Malaysia, ia mudah kelihatan di sepanjang lebuhraya Utara – Selatan (PLUS) serta jalan di tepi bukit yang masih ada semak. Ia hidup subur di kawasan lapang yang mendapat pancaran matahari penuh. Di kawasan tanah yang tinggi, suhu sejuk seperti di Cameron Highlands, kita dapati sepal dan petal orkid orkid ini berwarna putih manakala di kawasan tanah rendah pula, bunganya lebih besar serta sepal dan petalnya agak lebih kuat warnanya iaitu merah jambu atau ungu muda.
Posts Tagged ‘Anggerik buluh’
Arundina graminifolia (D. Don.) Hochr – Orkid spesis
Posted by Wannura di 28 Julai 2012
Posted in Orkid Spesis | Di tag: Anggerik buluh, Orkid, orkid hutan, orkid liar, orkid spesis, terrestrial | Leave a Comment »