Calanthe triplicata (Willem,) Ames – Orkid spesis
Posted by Wannura di 2 Ogos 2012
Habitat orkid spesis yang menarik jenis terestial ini iaitu Calanthe triplicata biasa kelihatan di taman-taman atau ditanam sebagai koleksi oleh pencinta orkid spesis .Ia biasanya dijumpai di atas bukit dari aras laut hingga mencapai ketinggian 1,500 meter, tetapi biasanya banyak terdapat di sekitar 500 – 900 meter yang kawasan agak lembab. Sebenarnya orkid dari genera ini mempunyai spesis yang banyak dan seakan-akan sepertinya. Unik sekali bunga orkid ini kerana ia kelihatan seperti ‘orang yang memakai topi besar dengan memakai bow kuning sedang tergantung!!!’. Walaubagaimana, bunganya yang cantik ini akan mudah bertukar menjadi biru lebam apabila ia tercedera akibat disentuh dengan kuat atau diramas.
Tinggalkan Jawapan