Bromheadia finlaysoniana (Lindl.) Rchb.f – Orkid spesis
Posted by Wannura di 29 Julai 2012
Orkid spesis jenis terestrial ini adalah biasa di kebanyakan tempat. Ia hidup di tanah gambut, berpasir atau tanah paya, di sepanjang jalan masuk ke hutan dari aras laut hingga ke 1100 meter ketinggian tanahnya. Orkid ini juga biasanya tumbuh di kawasan-kawasan terbuka yang panas di laman rumah di kampung-kampung. Setiap perbungaannya mempunyai sehingga 75 kuntum bunga yang besar , menarik dan berbau wangi dengan 1-4 kuntum bunga yang mekar serentak.
Tinggalkan Jawapan