Appendicula anceps – Orkid spesis
Posted by Wannura di 28 Julai 2012
Orkid spesis Appendicula anceps ini adalah biasa dijumpai di tanah-tanah rendah di Malaysia dan Sumatera yang mana ia mudah tumbuh di dahan pokok sepanjang sungai, atau di atas batu berlumut terutamanya bersebelahan air terjun. Batang pokoknya yang berupa tangkai panjang di antara 20 – 40 sm serta nampak nipis yang mempunyai dua barisan daun yang berbentuk tirus keluar berselang seli dan kelihatan seperti berpintal. Tangkai bunganya boleh mencapai sehingga 4 sm panjang serta bunga sebanyak 30 kuntum dikeluarkan namun hanya 2 – 4 kuntum sahaja kembang pada satu-satu masa.
Tinggalkan Jawapan