Flickingeria fimbriata – Orkid spesis
Posted by Wannura di 12 Oktober 2010
Spesis yang besar ini boleh membentuk satu jambakan/ rumpun pokok yang sangat besar di mana ia tersebar keluar dan tergantung atau terjuntai ke bawah daripada dahan-dahan pokok. Bawang semunya (pseudobulbs) adalah lebih tipis berjarak hingga 15 sm di antaranya dan mencapai 8 sm tingginya. Bunganya mempunyai sedikit aroma dan boleh diketemui dengan pelbagai warna dari putih hingga ke merah, perang atau berbintik ungu.
Tinggalkan Jawapan