Eria densa Ridl. – Orkid spesis
Posted by Wannura di 1 Oktober 2010
Orkid spesis epifit yang besar ini adalah semulajadi di kawasan yang berbukit bukau di Malaysia pada ketinggian 1300 – 2000 meter dari aras laut. Di Borneo, ia boleh ditemui tumbuh di tanah rendah. Pokok ini mempunyai batang yang agak panjang dan tebal; mempunyai beberapa helai daun di hujungnya.
Beberapa tangkai perbungaannya kira-kira 10 sm panjang keluar dari pangkal bersebelahan batang pokoknya itu. Jika dilihat sekali imbas, spesis ini disangkakan eria floribunda; hanya batang pokok yang dapat membezakannya.
kurshiah said
bunga ni cantiklah puan zainura tak ada ke anak benihnya kalau ada sole out lah kat kita juga
zainura66 said
Orkid spesis sememangnya cantik sebab ia adalah ‘original’dari hutan; jika nak memiliki orkid hutan ini, persekitarannya mestilah sesuai dengan orkid-orkid ini sebab agak sukar untuk menghidupkannya jika persekitaran yang tak sesuai.Buat masa ini saya menanam orkid hutan/spesis untuk R&D dan bukan untuk dijual. Saudari boleh mengunjungi pesta-pesta orkid di Malaysia seperti di Selangor dan Perak yang mana ia diadakan satu atau dua kali setahun sebagai acara tahunan dan boleh dibeli di sana nanti.
Salam ceria selalu.
kurshiah said
oh terima kasih pn zainura saya ada juga sedikit koleksi orkid tetapi saya suka beli dari anaknya kerana saya hendak tengok dia membesar di depan mata sendiri tetapi susah sikitlah untuk membelanya pn zainura pakai baja apa
zainura66 said
Sama-sama. Ada juga baiknya jika kita membela orkid dari kecil sebab kita boleh belajar mengenali sifat orkid itu sedari kecil lagi dan ilmu inilah yang sukar dicari. Saya hanya mengagak bahawa kurshiah membela okid spesis dari kecil , namun masa yang diambil untuk ianya membesar adalah agak lama dan perlu bersabar. Saya tidak menggunakan sebarang baja bagi orkid spesis saya melainkan memberinya buahan tempatan seperti pisang, tembikai , betik. dan dedaun herba kerana di hutan pun, ia hanya dapat baja-baja organik seperti ini. Paling diminati oleh orkid hutan ini ialah kayu rambutan tetapi kayu ini mudah reput.Jika kurshiah menanam orkid ini di dalam pasu, kurshiah boleh juga membajanya dengan menggunakan kulit batang pokok rambutan yang telah reput. Berbeza dengan orkid hibrid di mana ia memerlukan pembajaan yang berkala dan menggunakan baja sintetik pula.
Salam ceria selalu.
kurshiah said
pn zainura saya ada dapat orkid hutan yg diberi oleh taukeh kedai semasa saya pergi beli pasu tapi susah sikitlah hendak hidupnya puas saya menjaganya tapi dia macam susah nak berpucuk juga apakah saya perlu mengunakan seperti yg puan gunakan iaitu pisang, daun herba dan tembikai tapi nak buat macam mana benda-benda ni semua di mesin halus ke dan di spray kat pokok.
zainura66 said
Orkid hutan lebih gemar jika kita lekatkannya atau tanamkan pada pokok kayu seperti batang pokok rambutan (yang telah ditebang) dan lagi baik jika kita gandingkannya dengan pokok sakat (paku semun) kerana akarnya boleh membantu pokok orkid mengekalkan kelembapan pada kayu tersebut. Tentang baja organik itu, hanya letakkan sahaja di celah2 batang pokok orkid tersebut tanpa di mesin halus.
kurshiah said
pn sya dah gantungkan orkid hutan saya tu kat batang rambutan dan saya akan tengok macam mana seterusnya sekarang saya menggunakan baja em yg dibeli ari kawan saya yg bekerja di jabatan pertanian negeri sembilan.
zainura66 said
Selamat mencuba….Jika menjadi nanti jangan lupa bagi tahu ok!