Wannura Orkid

Orkid Spesis dan Hibrid

  • WANNURA ORKID

  • Log Masuk / Keluar

  • Jumlah Pengunjung

    • 115,335 hits
  • RSS Wannura Terapi

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Wannura Koleksi Tumbuhan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Rempah Ratus Wannura

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Pakcikli00 Dukun Asmara

  • RSS Kehidupan Nabi Muhammad saw

    • Solat cara Nabi Muhammad saw 31 Ogos 2010
      Berdiri untuk solat Berdiri dengan lurus, kedua belah kaki sama tegak, mengarah kiblat dengan menundukkan pandangan memandang ke tempat sujud dan mengarahkan hujung-hujung jari kaki ke kiblat dengan merenggangkan antara dua kaki(jangan sangat dirapatkan dan jangan sangat dijauhkan. Takbiratul ihram Takbiratul ihram ialah mengangkat tangan dan meletakkan tang […]
  • RSS Amal Ibadat Orang Islam

  • RSS Doa Ayat dan Zikir

    • Doa setelah mencapai usia 40 tahun 4 Jun 2016
      Allah Ta’ala berfirman, حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَال رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ “Sehingga apabila dia telah dewasa … Teruskan membaca → […]
  • RSS Syariat Hakikat Tarikat Makrifat

    • Syeikh Abdul Wahab Rokan dan Tarikat Naksyabandiah 6 September 2010
      Kendati telah wafat sejak sekitar 77 tahun silam, keberadaannya terasa di Kampung Babussalam, Tanjung Pura, Langkat, Sumatra Utara. Peziarah mengalir ke makamnya di kampung yang didirikannya. Syekh Abdul Wahab Rokan memang dikenal sebagai ulama ternama di Sumaera. Lahir pada 19 Rabiul Akhir 1230 H (28 September 1811) di Kampung Danau Runda, Rantau Binuang Sa […]
  • RSS Darah Daging dan Nafas Manusia

    • Golongan Darah 2 Julai 2010
      Golongan darah adalah ciri khusus darah dari suatu individu karena adanya perbedaan jenis karbohidrat dan protein pada permukaan membran sel darah merah. Dua jenis penggolongan darah yang paling penting adalah penggolongan ABO dan Rhesus (faktor Rh). Di dunia ini sebenarnya dikenal sekitar 46 jenis antigen selain antigen ABO dan Rh, hanya saja lebih jarang d […]
  • RSS Jalan Akhirat

    • Doa jika orang tak sudi 21 Mei 2016
      Ini dia Rahasia Dari Do’a Nabi Yusuf Supaya Wajah Tampil Cantik dan Berseri – Assalamualaikum. Doa nabi yusuf banyak memiliki keistimewaan termasuk dalam hal mencerahkan wajah. Doa Nabi yusuf juga banyak digunakan dalam hal lain, seperti mencari jodoh. Doa Nabi … Teruskan membaca →
  • RSS Asal Usul Orang Melayu

    • Jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu 28 Oktober 2013
      Diantara jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu adalah seprti berikut; 1. Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat dengan kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi bunga/Sintok limau dan Mandi Safar. Islam menganggap setiap orang itu … Teruskan membaca →
  • RSS Sejarah Hang Tuah

    • Keungulan wanita dalam sejarah Melayu lama 1 September 2012
      PERANAN WANITA YANG UNGGUL DALAM BUKU ‘ SEJARAH MELAYU’ TUN SRI LANANG ( Tulisan teks ini, mengambil contoh-contoh daripada buku histiografi sejarah terkemuka alam Melayu,Nusantara, iaitu ‘ Sejarah Melayu’) Wanita Peranan golongan wanita dalam politik tradisional Melayu mencakupi pelbagai bidang … Teruskan membaca →
  • RSS Sejarah Pulau Besar Melaka

    • Waris Sultan Melaka kembali tuntut tahta setelah lama menghilang 27 Ogos 2012
      KOSMO! – KUALA LUMPUR – Setelah hampir dua tahun menghilangkan diri, ahli perniagaan yang mendakwa dirinya pewaris takhta Sultan Melaka semalam tampil semula dengan ‘perjuangan’ terbarunya. Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, 53, kali ini membawa dua lagi alat kebesaran … Teruskan membaca →
  • RSS Gunung Ledang Melaka

    • Biodata dan tarikh lahir Puteri Gunung Ledang 21 Ogos 2012
      Berikut adalah biodata dan tarikh lahir Puteri Gunung Ledang untuk tindakan tuan selanjutnya. Nama beliau yang asal ialah Raden Puteri Mas Nyawa. Kemudian di gelar Raden Puteri Ratna Gumilah Sari atau Puteri Siti Jamilah. Bapanya ialah Sultan Ali Akabar Al … Teruskan membaca →
  • RSS Gunung Ganang di Malaysia

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Rahsia Kayu Batu dan Logam

    • Maharaja kayu 22 Oktober 2013
      Sudah lama saya tak masuk ke webblog ini, apatahlagi menghantar entrynya. Terdapat 177 komen yang maseh tertapis kerana tidak ada masa untuk melepaskannya. Sudah lama saya tidak mencari berbagai jenis kayu bertuah di hutan belantara, sejak saya ketiadaan kereta pacuan … Teruskan membaca →
  • RSS Rahsia Rumahtangga

    • Janda mudah parah ditikam tujuh kali 4 Ogos 2012
      KOTA BHARU: ‘Parkir asmara’ sebuah pasar raya di sini, seperti didedahkan muka depan akhbar ini 8 Jun lalu, bertukar ‘parkir berdarah’, apabila seorang pelatih salun parah ditikam sekurang-kurangnya tujuh kali di kepala, leher dan muka menggunakan gunting oleh bekas suaminya … Teruskan membaca →

Orkid hibrid baka terkini

Posted by zainura66 di 12 Julai 2010

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

nisa.sulaiman@utusan.com.my
12/06/2009
Terletak di garisan Khatulistiwa menjadikan negara sebuah negara tropika yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti. Antaranya adalah bunga-bungaan yang boleh dikembangkan sebagai satu industri florikultur terutama orkid. Tanaman orkid bukan saja boleh dijadikan suatu hobi tetapi boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan.


Bunga orkid bukan saja popular ditanam di pasu kecil bagi hiasan dalaman, bunga keratan di hotel, tanaman landskap, cenderahati celupan emas, pressed flower bagi bingkai gambar dan rantai kunci.
Bagaimanapun kekurangan varieti dan bahan tanaman merupakan salah satu masalah di kalangan pengusaha serta peminat orkid.


Bagi meningkatkan varieti dan bahan tanaman, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah mula menjalankan kajian mengenai pembiakbakaan orkid sejak 1976.
Penyelidikan pembiakbakaan di MARDI telah dijalankan oleh pakar pembiakbaka, yang memulakan kajian dengan pengumpulan spesies-spesies yang diambil dari hutan kemudian ditanam, dipulihara dan digunakan di dalam penyelidikan pembiakbakaan.


Spesies-spesies orkid ini disimpan di dalam koleksi janaplasma MARDI. Timbalan Pengarah merangkap Pegawai Penyelidik Prinsipal Kanan, Pusat Penyelidikan Hortikultur MARDI, Fadelah Abdul Aziz berkata, kini beberapa koleksi hibrid yang berpotensi dari luar negara seperti Thailand, Indonesia dan Australia telah digunakan sebagai induk.


Hibrid induk yang berpotensi tadi ditanam dan dijaga dengan baik di MARDI sehingga berbunga dan dikacukkan dengan hibrid atau spesies terpilih. ”Di MARDI, kami memilih induk-induk yang cantik dan unik, tahan lama, kerap berbunga dan mempunyai tangkai panjang supaya dapat menghasilkan anak-anak yang berkualiti lebih baik. ”Ini penting bagi mendapatkan orkid yang sesuai dijadikan sama ada bunga keratan, bunga pasu atau untuk dijadikan landskap,” katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Proses kacukan bunga orkid Dendrobium mengambil masa lima hingga enam tahun manakala Aranda, Mokara dan Vanda pula lapan hingga sebelas tahun. Kacukan bermula dengan pemilihan pokok induk jantan dan betina bagi menghasilkan buah dan biji benih sebelum dibiakkan menggunakan teknik kultur biji benih. “Biasanya induk pertama yang ditulis menggambarkan betina dan yang kedua adalah jantan,” katanya. Biji benih akan dicambah menggunakan medium khas dan disimpan di dalam makmal sebelum dipindahkan ke nurseri.


Anak benih ditanam di dalam pasu kecil secara individu atau sebuah pasu besar dalam kumpulan di bawah lindungan matahari sebanyak 80 peratus sebelum dialihkan ke pasu yang lebih besar di ladang bagi tujuan berbunga. Biasanya pokok dan bunga yang dihasilkan melalui biji benih menunjukkan ciri-ciri yang berlainan di antara satu sama lain.

“Ketika itu penilaian dan pemilihan hibrid-hibrid yang berkualiti lebih baik akan dilakukan. “Pemilihan akan dijalankan bagi memilih progeni atau sister line yang benar-benar menepati kriteria seperti warna yang menarik, tahan lama, susunan bunga cantik, kerap berbunga, tangkai panjang yang biasanya untuk bunga keratan,” katanya.

Selepas mendapatkan hibrid baru yang terbaik, barulah proses kultur tisu dijalankan bagi mendapatkan pokok yang seragam dalam kuantiti yang banyak. Kemudian pemilihan nama dilakukan dan didaftarkan di bawah International Registration Authority of Orchid Hybrids, England yang beribu pejabat di United Kingdom.

DIDAFTARKAN

“Sebelum dihantar untuk didaftarkan, perlu dipastikan kacukan induk belum pernah digunakan oleh sesiapa serta nama yang diberikan juga belum lagi didaftarkan.”Jika dulu pendaftaran nama mengambil masa sebulan tetapi dengan Internet hanya mengambil masa paling lama dua hingga tiga hari,” katanya.

Di bawah Plant Variety Protection Act atau Akta Perlindungan Varieti Tanaman, pelindung bagi varieti tanaman yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi mahu pun individu, boleh diperolehi dari Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

”Dengan itu mereka yang terlibat dalam menghasilkan varieti akan mendapat faedah dari segi royalti,” katanya yang juga menjadi ahli dalam akta berkenaan. Kini kata Fadelah, MARDI sedang menjalankan kajian pembiakbakaan ke atas orkid genus Cattelya yang merupakan orkid yang biasanya ditanam di negara empat musim.

Hibrid orkid Cattleya yang sesuai ditanam di dalam pasu ini telah dikacuk dan kini sedang mula dinilai serta dipilih di MARDI bagi menghasilkan hibrid orkid baru yang tahan lama, kerap berbunga dan berbau harum. Fadelah berkata, MARDI dengan kerjasama Agensi Nuklear Malaysia menjalankan kajian menghasilkan orkid mutan.

Projek yang bermula dalam Rancangan Malaysia ke 7 (RMK-7) telah menggunakan orkid Mokara Chark Kuan ‘Pink’ telah digunakan sebagai hibrid orkid kawalan.

Bahagian protokorm yang dihasilkan semasa proses kultur tisu diberikan radiasi gamma antara 10 hingga 40 Gy. Protokorm yang telah menjalani teknik radiasi menjalankan proses kultur tisu seperti biasa sehingga menghasilkan hibrid orkid Mokara mutan.

Hibrid mutan yang terbaik telah dipilih dari segi ciri-ciri bunganya yang menarik seperti saiz, warna dan panjang tangkai. “Orkid Mokara mutan yang diberikan radiasi sebanyak 40 Gy telah menghasilkan bunga bersaiz lebih besar, warna pink yang lebih terang berbanding hibrid asal. “Mutan ini sesuai bagi industri bunga keratan atau bagi landskap,” katanya.

Kajian yang dijalankan dapat mengurangkan penggantungan pengusaha terhadap bahan tanaman luar negara seperti Thailand.

Fadelah menambah, banyak yang perlu dilakukan bagi meningkatkan industri florikultur dengan adanya pelbagai agensi kerajaan dan swasta bagi tujuan mengkomersialkan hibrid-hibrid baru.

Setakat ini terdapat 20 hibrid orkid yang dihasilkan oleh MARDI.

1. Mokara Tengku Anis

2. Cattleytonia Datin Zuraidah

3. Dendrobium Sultanah Kalsom

4. Dendrodium Datin Seri Jeanne

5. Dendrobium Abdullah Badawi

6. Kagawara Tuanku Syed Sirajuddin

7. Mokara Puan Seri Norainee

8. Mokara Datin Seri Endon

9. Ascocenda Puan Sri Suslita

10. Dendrobium Datin Zakiyah

11. Aranda Doctor Siti Hasmah

12. Mokara Tuanku Siti Aishah

13. Dendrobium Tuanku Fauziah

14. Dendrobium Doctor Sharif

15. Dendrobium Tuanku Najihah

16. Trichovanda MARDI

17. (Cattleya intermedia) x

(Cattleya Bow Bellsvar. Sri Sanusi)

18. Dendrobium Chogm

19. Dendrobium Nila Inangda

20. Kagawara Queen Elizabeth

2 Respons to “Orkid hibrid baka terkini”

  1. Hi there, I discovered your blog by way of Google at the same time as looking for a related subject,
    your website got here up, it appears good.
    I have bookmarked it in my google bookmarks.
    Hello there, just was alert to your blog through Google,
    and located that it’s truly informative. I am gonna watch out for brussels. I’ll appreciate when you continue this
    in future. Numerous folks might be benefited out of your writing.

    Cheers!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: