Wannura Orkid

Orkid Spesis dan Hibrid

Grammatophyllum speciosum Bl. (Orkid Harimau spesis)

Posted by Wannura di 10 Julai 2010

Grammatophyllum speciosum Bl.

Nama-nama lamanya ialah :
Grammatophyllum fatuosum Lindl.
G. macranthum Reichb.f.
G. wallisii Reichb.f.
G. giganteum Bl.
G. sanderianum Hort. –
Pattonia macrantha Wight
dan hanya sedikit daun di apeks.

POKOK : dipercayai ia adalah orkid spesis yang terbesar sekali di dalam genusnya. Saiz dan ketinggian pseudobulbnya yang tumbuh seperti pokok tebu (2.5 m). Holttum mencatitkan dua bentuk pokok ini yang berlainan, namun kedua-duanya menghasilkan bunga yang sama :

  • Pokok yang mempunyai pseudobulb yang panjang serta berisi dan berdaun banyak
  • Pokok yang mempunyaipseudobulb yang agak pendek dan lebih tebal.

Pokok Anggerik Harimau ini boleh membentuk satu gugusan yang besar di mana beratnya mencapai dari beberapa ratus kilogram hingga ke satu tan !

DAUN : adalah panjang, agak tirus dan tebal.

PERBUNGAAN : keluar dari dasar rumpun seperti pucuk buluh (rebung). Panjangnya mencapai sehingga 2 meter dan menghasilkan bunga yang banyak. Kuntuman bunga yang di sebelah bawah biasanya tidak sempurna. Contoh; bunganya hanya ada sepal dan petal tanpa mempunyai lidah dan column serta jarak di antara bunganya adalah jauh tetapi di bahagian apeks pula bunganya akan tersusun cantik dan rapi . Tangkai bunganya adalah panjang dan tebal.

BUNGA : Setiap bunganya adalah serupa dengan Cymbidium kecuali ada sedikit kelainan di bahagian lidah. Pendebungaan bagi kedua-duanya adalah tidak sama. Saiz bagi sepal dan petal yang berwarna kuning kehijauan bagi anggerik harimau adalah agak sama serta mempunyai tompokan/bintik perang pekat .

Panjang lidahnya pula adalah kira-kira separuh daripada panjang sepal.Ia memiliki tanda perang-kemerahan dan berambut halus. Bahagian tengah ada tiga bentuk sampan. Bahagian tepi adalah tegak dan memiliki banyak jalur perang  .

Column berwarna hijau pucat, bawahnya putih dengan tompokan ungu. Kedua-dua belah dasar column bercantum dengan dasar lidah untuk membentuk seperti mangkuk .

Secara semulajadinya, G. speciosum adalah tumbuhan epifit. Batang pokok boleh kelihatan berjuntaian ke bawah dari dahan pokok atau palma sepanjang anak air atau sungai di kawasan tanah-rendah.

Akar aerial boleh kelihatan menjalar di pokok yang ditumpanginya, bagi menyokong berat bagi keseluruhan pokok anggerik hutan tersebut. Spesis ini boleh di temui di Thailand hingga ke Malaysia, Indonesia dan juga di Kepulauan Filipina. Ada sesetengah yang mengatakan G. papuanum dari New Guinea, dikatakan spesis yang belum begitu jelas lagi tetapi ia adalah variasi kepada G. speciosum.

PENANAMAN
Anggerik harimau ini boleh ditanam seperti orkid terestrial yang lain. Oleh kerana saiznya yang agak besar, adalah lebih baik sekiranya ia ditanam di atas tanah, daripada dalam pasu atau bekas; boleh juga ditanam di tempat binaan sendiri seperti batu atau batu bata dan sebagainya. Ini adalah untuk memastikan pengairan yang baik. Akarnya haruslah ditutup dengan tanah kompos atau peroi. Baja dari haiwan hendaklah di pupuk sekali sekala. Anggerik ini memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi.

G. Speciosum dikenali sebagai “Orkid Harimau” di tempat kita manakala di Filipina ia dikenali sebagai Orkid Gergasi (Giant Orchid), Orkid Permaisuri (Queen Orchid ) atau Orkid Tebu (Sugar-cane Orchid). Nama spesifikasinya berasal dari perkataan speciosum; bermaksud tampan atau menyerlah. Bryan melapurkan dalam American Orchid Society Bulletin (1947) bahawa anggerik ini yang ditanam di dalam tamannya di Hawaii telah tumbuh hingga membentuk rumpun kira-kira 9 kaki lebarnya (diameter) 10 – 12 kaki tinggi setelah 16 tahun menanamnya. Ia telah menghasilkan lebih 10,000 bunga pada musim bunganya yang pertama. Ia tidaklah semudah itu di mana bukan semua penanam orkid akan dapat menghasilkan seperti ini di mana G. speciosum bukan sentiasa mengeluarkan bunga. Anggerik ini tidak akan menghasilkan bunganya yang pertama sehinggalah mencapai tahun ke 7 – 9 selepas penanamannya.

Versi Bahasa Inggeris :

Grammatophyllum speciosum Bl.

Previous names :

Grammatophyllum fatuosum Lindl.

G. macranthum Reichb.f.

G. wallisii Reichb.f.

G. giganteum Bl.

G. sanderianum Hort.                                          –

Pattonia macrantha Wight

and few leaves at the apex.

LEAF: is long, very narrow and leathery.

PLANT : is the largest species in the genus. The pseudobulb grows to the size and height of the sugar-cane plant. Holttum noted two vegetative forms, though both produce identical flowers:

  • Plant with long, fleshy pseudobulb and many leaves
  • Plant with rather short but proportionately thicker pseudobulb

Inflorescence: appears out of the clump at the base of the stem like the bamboo shoot. The inflorescence can be up to 2 metres in length and has many flowers. The flowers on the lower part of the inflorescence are usually sterile having some parts missing. For example, it may have only the sepals and petals without the lip and column. The lower flowers are arranged far apart but towards the apex the flowers are well-placed forming a nice cluster. The flower stalk is long and thick.

FLOWER : Each flower is similar to the Cymbidium except that in this case there are 3 low keels on the lip. They also differ in the siting of their pollinia.

The sepal and petal are about the same size. Both are spreading and are greenish yellow blotched with intense dark-brown spots. The lip is about half the length of the sepal. It has red-brown markings and is hairy within. The mid-lobe has three low keels. The side-lobe is erect, and has many parallel brown stripes on the inner side. The column is pale green, white underneath with purple spots. An outgrowth on either side of the base of the column joins with the base of the lip to form a cup-shaped hollow.

In  nature G. speciosum is an epiphyte. It is found growing stems hanging down from trunks of trees or palms along streams or rivers of the lowlands. Aerial roots can be seen clasping firmly onto the host-plant, in their effort to support the enormous weight of the entire plant. The species can be found in Thailand down through Malaysia, Indonesia and the Philippines. In New Guinea there is G. papuanum which according to some is not a distinct species but a variation of G. speciosum.

CULTIVATION

The plant can be treated as a terrestrial orchid. Because of its enormous size, it is advisable to plant it in the ground, rather than in a container, on a raised bed made from broken bricks, stone, etc. This is to ensure good drainage. The root should be covered with compost or friable soil. Animal manure should be added once in a while. The plant needs plenty of sunlight and does well with good watering.

G. speciosum is known locally as the Tiger Orchid. In the Philippines it is referred to by such names as : Giant Orchid, Queen Orchid or Sugar-cane Orchid. The specific name of this plant is derived from the word speciosum; meaning handsome or showy. Indeed the name is most appropriate. A plant in bloom is most im-pressive and showy! Bryan reported in the American Orchid Society Bulletin (1947) that a plant cultivated in his garden in Hawaii grew into a clump of about 9 feet in diameter and the plant was 10-12 feet high after 16 years. It produced well over 10,000 flowers at first bloom. Such show of beauty, however, does not come too fre-quently to any grower, for G. speciosum does not flower freely. The plant is not expected to give its first bloom until after 7 to 9 years of cultivation.

Sumber rujukan:

1. en.wikipedia.org

2. A to Z of South East Asian Orchid Species (Peter O’Byrne)

3. Native Orchids of Peninsular Malaysia (Chris K.H.Teo)

13 Respons to “Grammatophyllum speciosum Bl. (Orkid Harimau spesis)”

  1. hisham said

    saya menyimpan beberapa rumpun okid ini di rumah saya di kg padang sanai,kuala nerang,kedah,hanya 2 rumpun yg berbunga sekarang,satu rumpun mengeluarkan 13 tangkai bunga,yg satu lagi hanya 4 tangkai.
    bunga sama seperti dalam gambar ini.
    tarikh 22hb julai 2010

  2. zainura66 said

    terima kasih berkunjung di weblog ini dan sudi berkongsi maklumat.

  3. ridzal said

    nak pinjam data tentang okid hutan

  4. zainura66 said

    Assalamualaikum,

    Saya bukanlah pakar sangat dalam bidang penanaman orkid hutan ini sekadar menambah ilmu pengetahuan dalam penanaman orkid hutan saja kerana ramai yang beranggapan bahawa menanam orkid hutan/ spesis adalah amat sukar. Jadi, oleh kerana saya dan suami amat berminat menjelajah ke dalam hutan dan berjumpa dgn orkid hutan, jadi saya mengambil kesempatan untuk buat R&D sendiri dan ia tidak lah sesukar seperti yang dikatakan. Kita hanya perlu memahami kesesuaian tempat dan persekitaran untuk ia terus hidup dan sihat.

    Jadi saya tidak memilki data yang formal untuk diberikan kepada saudara. Insyaalllah saya akan menceritakan pengalaman saya untuk menanam orkid hutan/spesis di suatu hari nanti.

    Terima kasih dan salam hormat.

  5. Masuk gambar orkid hutan..terbaik ckit

    • hisham56 said

      okid ini sudah hampir pupus di dalam habitat asalnya…daerah kulim(kawasan arus deras sg sedim dulu memang banyak,sekarang sudah payah nak jumpa kecuali yg ditanam olih penduduk kampong.
      di daerah padang terap langsung habis,hutan telah ditebang…saya ada menyimpan okid ini dan berbunga setiap tahun.
      rumpun yg berbunga mempunyai lebih kurang 40batang pokok dan berbunga antara 10 hingga 14tangkai.
      da tawaran untuk membeli dengan harga rm 2,800 tetapi belum tiba masa untuk dijual.

  6. hamidah said

    apakah baja yang digunakan untuk pokok okid harimau tiu berbunga

    • hashim said

      Saya guna baja taik kambing dlm paket…dan sebulan sekali guna sembur yg dibancuh dgn air, baja jenis gavita…biasanya okid ini akan berbunga dlm bulan mei hingga julai..terpulang pada cuaca..dan nasib..ada yg tanam sampai sepuloh tahun tp tak berbunga..bunganya bolih tahan hingga 3 bulan sekiranya tidak diganggu olih kelip2…dan berbuah.

  7. Levi said

    “Well of course, I could do it if I really wanted to. He had research and study in the various modern and old healing methods. Sometimes a therapist specialized in such matters can talk to both of the partners to determine the underlying reasons.

  8. amat said

    saya ad 2 rumpun pokok orkid harimau..satu rumpun ad dlm 50 btng,tiap2 taun berbunga,,klau ad yg bermnat beli(kwsan kuala nerang,kedah),sila email ke amatpeace@yahoo.com.my

  9. agku said

    Info,smart dan amat dihargai tq.

  10. Sasha said

    Sh49 replied “You couldn’t make a living if you had a large mortgage or rent to pay”.
    Her passion was her work and she had little energy at the end of the day to focus on
    preparing good food. This clearly signals a state
    of alarm in the nervous system that obviously influences biological processes such
    a sleep, mood, blood circulation and many actual impede our awareness, cognition
    and learning abilities.

  11. sham dic said

    saya ada mcm jnis orkid tapi apa yg saya ingin nyata kan disini saya mencari pembeli orkid tiger dan berapa kah nilai harga orkid tiger blh hbungi sya 0148108602

Tinggalkan Jawapan kepada Sasha Batal balasan