Wannura Orkid

Orkid Spesis dan Hibrid

  • WANNURA ORKID

  • Log Masuk / Keluar

  • Jumlah Pengunjung

    • 79,308 hits
  • RSS Wannura Terapi

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Wannura Koleksi Tumbuhan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Rempah Ratus Wannura

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Pakcikli00 Dukun Asmara

    • Buku Dasar Hipnotis Sifuli 26 April 2014
      Keterangan lanjut sila layari atau klik di sini > http://hipnotissifuli.wordpress.com/ KATA PENERBIT Segala puji bagi Allah swt, tuhan semesta alam yang maha Pengasih dan Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw, keluarga, sahabat serta pengikutnya. Saya … Continue reading →
  • RSS Kehidupan Nabi Muhammad saw

    • Solat cara Nabi Muhammad saw 31 Ogos 2010
      Berdiri untuk solat Berdiri dengan lurus, kedua belah kaki sama tegak, mengarah kiblat dengan menundukkan pandangan memandang ke tempat sujud dan mengarahkan hujung-hujung jari kaki ke kiblat dengan merenggangkan antara dua kaki(jangan sangat dirapatkan dan jangan sangat dijauhkan. Takbiratul ihram Takbiratul ihram ialah mengangkat tangan dan meletakkan tang […]
  • RSS Amal Ibadat Orang Islam

  • RSS Doa Ayat dan Zikir

    • Doa pemujuk no 1 28 Mei 2014
      Untuk Suami atau isteri dan anak beranak يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ Maksud ayat:- 200 . Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu … Continue reading → […]
  • RSS Syariat Hakikat Tarikat Makrifat

    • Syeikh Abdul Wahab Rokan dan Tarikat Naksyabandiah 6 September 2010
      Kendati telah wafat sejak sekitar 77 tahun silam, keberadaannya terasa di Kampung Babussalam, Tanjung Pura, Langkat, Sumatra Utara. Peziarah mengalir ke makamnya di kampung yang didirikannya. Syekh Abdul Wahab Rokan memang dikenal sebagai ulama ternama di Sumaera. Lahir pada 19 Rabiul Akhir 1230 H (28 September 1811) di Kampung Danau Runda, Rantau Binuang Sa […]
  • RSS Darah Daging dan Nafas Manusia

    • Golongan Darah 2 Julai 2010
      Golongan darah adalah ciri khusus darah dari suatu individu karena adanya perbedaan jenis karbohidrat dan protein pada permukaan membran sel darah merah. Dua jenis penggolongan darah yang paling penting adalah penggolongan ABO dan Rhesus (faktor Rh). Di dunia ini sebenarnya dikenal sekitar 46 jenis antigen selain antigen ABO dan Rh, hanya saja lebih jarang d […]
  • RSS Jalan Akhirat

    • Hiasan zahir dan batin Seorang wanita 1 Ogos 2014
      Jika seorang wanita ingin sukses hidup berumah tangga bersama suaminya, khususnya dalam hubungan seksual serta mendapatkan curahan cinta dan perhatiannya, maka dia harus membantu suaminya untuk menundukkan pandangan serta membuatnya tidak tertarik melihat wanita lain. Hal itu bisa dilakukan dengan … Continue reading →
  • RSS Asal Usul Orang Melayu

    • Jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu 28 Oktober 2013
      Diantara jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu adalah seprti berikut; 1. Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat dengan kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi bunga/Sintok limau dan Mandi Safar. Islam menganggap setiap orang itu … Continue reading →
  • RSS Sejarah Hang Tuah

    • Keungulan wanita dalam sejarah Melayu lama 1 September 2012
      PERANAN WANITA YANG UNGGUL DALAM BUKU ‘ SEJARAH MELAYU’ TUN SRI LANANG ( Tulisan teks ini, mengambil contoh-contoh daripada buku histiografi sejarah terkemuka alam Melayu,Nusantara, iaitu ‘ Sejarah Melayu’) Wanita Peranan golongan wanita dalam politik tradisional Melayu mencakupi pelbagai bidang … Continue reading →
  • RSS Sejarah Pulau Besar Melaka

    • Waris Sultan Melaka kembali tuntut tahta setelah lama menghilang 27 Ogos 2012
      KOSMO! – KUALA LUMPUR – Setelah hampir dua tahun menghilangkan diri, ahli perniagaan yang mendakwa dirinya pewaris takhta Sultan Melaka semalam tampil semula dengan ‘perjuangan’ terbarunya. Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, 53, kali ini membawa dua lagi alat kebesaran … Continue reading →
  • RSS Gunung Ledang Melaka

    • Biodata dan tarikh lahir Puteri Gunung Ledang 21 Ogos 2012
      Berikut adalah biodata dan tarikh lahir Puteri Gunung Ledang untuk tindakan tuan selanjutnya. Nama beliau yang asal ialah Raden Puteri Mas Nyawa. Kemudian di gelar Raden Puteri Ratna Gumilah Sari atau Puteri Siti Jamilah. Bapanya ialah Sultan Ali Akabar Al … Continue reading →
  • RSS Gunung Ganang di Malaysia

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Rahsia Kayu Batu dan Logam

    • Maharaja kayu 22 Oktober 2013
      Sudah lama saya tak masuk ke webblog ini, apatahlagi menghantar entrynya. Terdapat 177 komen yang maseh tertapis kerana tidak ada masa untuk melepaskannya. Sudah lama saya tidak mencari berbagai jenis kayu bertuah di hutan belantara, sejak saya ketiadaan kereta pacuan … Continue reading →
  • RSS Rahsia Rumahtangga

    • Janda mudah parah ditikam tujuh kali 4 Ogos 2012
      KOTA BHARU: ‘Parkir asmara’ sebuah pasar raya di sini, seperti didedahkan muka depan akhbar ini 8 Jun lalu, bertukar ‘parkir berdarah’, apabila seorang pelatih salun parah ditikam sekurang-kurangnya tujuh kali di kepala, leher dan muka menggunakan gunting oleh bekas suaminya … Continue reading →

TEKNIK MENANAM ORKID DI MALAYSIA

Posted by zainura66 di 7 Julai 2010

Pengenalan kepada orkid

Di dalam  ‘dunia’  orkid perkataan seperti  ganjilnya!, wow cantiknya!, wanginya!, eee busuk!, ini orkid ke?, mahalnya!, eksotik la! unik! dan sebagainya adalah amat biasa di dengar di kalangan penggemar orkid. Itulah tarikan seseorang untuk terus meminati orkid.

Orkid atau anggerik merupakan salah satu tanaman hiasan yang amat popular di Malaysia, dengan iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun, Malaysia merupakan  tempat taburan  hidup orkid liar yang mencapai ribuan  jenis.  Orkid amat popular di tanam di kalangan penggemar flora di Malaysia kerana  saiz , struktur dan warna bunga yang pelbagai.

Orkid juga penyumbang kepada pendapatan negara kita melalui beberapa medium;

pelancongan – pembinaan taman-taman orkid di seluruh  Malaysia

pendidikan –  penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik luar yang  datang  ke Malaysia.

industri bunga – jualan  orkid pasuan dan keratan bunga

kraftangan –  berasaskan orkid

Jenis-jenis Orkid

Secara ringkas orkid di kelaskan kepada  beberapa peringkat seperti cara pertumbuhan dan cara hidupnya.Baca seterusnya

Spesismerujuk kepada orkid liar.  Di dalam penulisan piawai adalah mudah untuk mengetahui sama ada sesuatu orkid itu adalah spesis dengan melihat pada:

a.      Huruf  ‘italic’ digunakan

b.      Hanya huruf pertama sahaja huruf  besar, yang lain lain adalah berhuruf kecil

Contoh : Phalaenopsis bellina

Hibridmerujuk kepada orkid yang telah dikacukan di antara sesama genus atau  sesama famili. Cara mengenal pasti sesuatu orkid itu hibrid mengikut penulisan piawai adalah seperti berikut;

a.      Huruf  tegak digunakan sepenuhnya

b.      Setiap huruf pertama bagi setiap perkataan akan dimulai dengan huruf besar.

Contoh :  Phalaenopsis Timothy  Christopher

Contoh orkid kacuk sesama genus :

Bulbophyllum  Meen Garuda – adalah hasil kacukan orkid daripada genus bulbophyllum. Ia terhasil daripada kacukan Bulbophyllum lasiochilum dengan Bulbophyllum echinolabium.

Contoh orkid kacuk sesama famili:

Aranda Majul ‘Rimau’  – adalah kacukan orkid daripada famili Vanda. Ia terhasil daripada kacukan Arachnis Maggei Oei dengan Vanda insignis.

(Nota : Arachnis Maggei Oei = Arachnis hookeriana X Arachnis flos-aeris)

Pengkelasan  mengikut cara pertumbuhan

Monopodial – adalah orkid yang mempunyai satu batang yang biasanya dipanggil stem yang hidup menegak. Daun-daun  baru tumbuh  di setiap hujung stem tersebut.

Simpodial – adalah orkid yang tumbuh secara mengeluarkan anak daripada bebawang yang telah matang.

Orkid dan persekitaran hidup semulajadinya

Maksud cara hidup orkid di sini ialah media yang diperlukan oleh setiap jenis orkid untuk hidup.

1.  Tanah

Orkid yang hidup di atas tanah. Untuk penanaman sebagai hiasan biasanya pengemar orkid menggunakan tanah pasuan yang boleh didapati di nurseri nurseri bunga berhampiran anda. Daripada pengalaman penulis tanah pasuan di nurseri perlu ditambah media* yang mampu meningkatkan saliran dan pengudaraan yang baik. Orkid dalam genus Spathoglottis dan  Phaius  adalah salah satu orkid yang memerlukan tanah sebagai medianya untuk hidup.

(* rujuk bab cara penanaman orkid untuk keterangan lanjut)

2.  Epifit

Sejenis orkid yang hidup secara  menumpang di atas pokok. Orkid epifit bukan parasit iaitu  ia tidak ’mencuri’ keperluan hidupnya daripada perumahnya. Di dalam koleksi penulis, orkid jenis ini telah di tanam menggunakan beberapa jenis media* sebagai ganti kepada pokok perumah asalnya. Antara orkid  epifit adalah  genus Bulbophyllum, Dendrobium,  Phalaenopsis dan Vanda.

(* rujuk bab cara penanaman orkid untuk keterangan lanjut)

3. Memanjat

Orkid jenis memanjat ini boleh dikenali dengan pangkalnya hidup ditanah dan ia menjalar memanjat atau melilit media sokongannya. Biasanya dia mempunyai akar udara yang berserabut. Biasanya orkid jenis ini adalah monopodial seperti genus Dipodium,  Arachnis dan Mokara. Orkid vanila juga termasuk di dalam kumpulan ini.

4. Litofit

Ia menjadikan batu sebagai medianya untuk hidup. Di dalam hutan biasanya kita boleh melihat orkid jenis ini hidup di batu batu tepian air terjun yang ditumbuhi dengan lumut. Antaranya ialah beberapa jenis  orkid  di dalam genus Paphiopedilum, Eria dan juga sekumpulan orkid yang di panggil ‘Jewel Orchid’.

Daripada ciri-ciri pengkelasan di atas, setiap orkid akan berkemungkinan mempunyai gabungan ciri-ciri yang telah disebutkan;

Contoh 1 : Orkid Phalaenopsis violacea – Spesis,  Monopodial dan Epifit

Contoh 2 : Orkid Dendrobium Sonia – Hibrid, Simpodial dan Epifit

Contoh 3 : Orkid Sphatoglottis aurea – Spesis,  Simpodial dan Tanah

ORKID YANG POPULAR DI TANAM DI MALAYSIA

Kebanyakkan orkid yang mendapat permintaan ramai ialah orkid hibrid. Ini kerana beberapa faktor seperti;

  • warna bunga yang lebih menarik
  • bunga yang tahan lama
  • pokok tahan lasak berbanding dengan orkid liar
  • harga yang murah berbanding orkid liar
  • saiz bunga yang lebih besar berbanding orkid liar
  • sesuai untuk jualan keratan bunga

Terdapat beberapa jenis genus  orkid yang popular di tanam di nurseri nurseri di dalam kuantiti yang besar kerana mendapat permintaan tinggi di pasaran Malaysia khususnya. Antaranya;

Dendrobium

Phalaenopsis

Arachnis

Vanda

Cattleya

Oncidium

CARA MENANAM ORKID

Pada bab ini penulis cuba membincangkan persoalan-persoalan yang sering didengari oleh penulis tentang penanaman dan penjagaan orkid di kalangan peminat flora. Penulis juga cuba berkongsi pengalaman beberapa teknik cara membiakkan orkid dan juga media  tanaman yang selalu digunakan dikalangan peminat orkid.

2.1  Susahkah menanam orkid?

“Saya minat orkid tapi high maintenance la….”

“Mak cik minat tengok je nak tanam tak reti..”

“Orkid ? Susah la, bunga masa beli je lepas tu tak mau bunga dah..”

“Orkid mak cik banyak mati, siram, baja semua cukup dah, tu yang frust dah nak jaga orkid.”

Itulah beberapa komen spontan yang penulis dengar daripada penggemar flora  apabila  mereka berkunjung ke pameran pameran orkid yang turut di hadiri oleh penulis.

Secara umum menjawab persoalan persoalan di atas, sebenarnya orkid tidak susah untuk di tanam, sama seperti pokok bunga lain juga. Apa yang penting pengetahuan tentang keperluan hidupnya sahaja. Ini adalah sesuatu yang pasti untuk anda ambil berat kerana ia adalah benda hidup seperti manusia. Sudah tentu orkid juga memerlukan persekitaran yang sesuai, ‘makanan’ dan ‘minuman’  untuk hidup. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakannya. Setelah anda melakukannya, anda akan gembira apabila melihat orkid anda hidup subur dan mengeluarkan bunga yang cantik.

Bermula dari sini penulis akan cuba berkongsi pengalaman dengan pembaca segala aspek penanaman dan penjagaan orkid. Harap dapat  menambahkan lagi kefahaman pembaca tentang flora  unik ciptaan Allah ini. Penerangan diberikan dengan bahasa yang mudah dan ringkas, juga seboleh mungkin penulis akan sertakan foto agar lebih mudah difahami oleh pembaca.

MEDIA PENANAMAN ORKID

Penanaman orkid memerlukan kita menentukan media yang sesuai mengikut habitat asalnya  seperti telah di terangkan di dalam sub topik; orkid dan persekitaran hidup semulajadinya. Terdapat beberapa jenis media yang biasa digunakan oleh peminat orkid. Bergantung kepada penanam untuk memilih kesesuaian media mengikut iklim mikro* kawasan penanam anda. Setiap media diterangkan secara ringkas untuk memudahkan anda mendapatkan gambaran penggunaannya.

1. Pecahan batu bata

Salah satu media yang popular digunakan dan mudah didapati. Digunakan untuk menanam orkid epifit dan orkid memanjat. Biasanya dicampur sekali bersama dengan pecahan arang. Biasanya penulis mendapatkan sumber pecahan batu bata ini di kawasan pembinaan perumahan.

Teknik menggunakan;

i.                    Sebelum menggunakan batu bata hendaklah direndam di dalam racun kulat selama semalaman. Selepas itu angkat dan keringkan.

ii.                 Pecahkan batu batu kepada saiz besar, medium dan kecil mengikut kesesuaian pasu.

iii.               Letakkan pecahan besar di bawah pasu, diikuti dengan bersaiz medium dan kecil.

iv.               Tanam orkid di atas permukaan pasu. Jangan timbus pangkal orkid anda. Untuk tegakkan orkid yang tinggi, boleh gunakan kayu pancang sebagai sokongan.

Nota : Pangkal orkid  simpodial tidak boleh ditimbus semasa menanamnya kerana dipangkalnya  terdapat beberapa mata tunas yang akan membentuk anak kelak.

2. Pecahan arang

Juga media yang popular dan mudah didapati di kedai kedai runcit. Digunakan untuk orkid epifit dan orkid memanjat. Digunakan bersama dengan pecahan batu bata.

Teknik menggunakan:

i.                    Rendamkan arang selama semalaman untuk membuang garam. ( kerana arang diperbuat daripada kayu bakau yang tumbuh di tepi laut).

ii.                 Siram arang menggunakan aliran air  supaya sisa garam dapat dibuang.

iii.               Ikut teknik seperti menggunakan pecahan batu bata untuk langkah seterusnya.

3.      Serbuk kayu

Biasa digunakan sebagai media yang diletakkan didalam pasu atau batas untuk menanam orkid jenis memanjat.

Teknik menggunakan:

( Penulis menggunakan serbuk kayu sebagai campuran bersama dengan media lain seperti pecahan batu bata, arang, tanah pasuan dan perlite)

i.                    Rendam serbuk kayu yang ingin digunakan di dalam racun kulat semalaman. Angkat dan keringkan.

ii.                 Masukkan habuk kayu ke dalam bekas tanaman.

iii.               Letakkan orkid di atas media. Jika menanam orkid yang hidup ditanah, penulis campur bersama dengan media pasuan dengan tujuan untuk membekalkan bahan organik di dalam tanah apabila ia mereput.

4. Perlite

Perlite semakin digemari di dalam penanaman orkid. Begitu juga dengan penulis, ini kerana ia mudah dikendalikan, ringan, tahan lama. Perlite juga boleh dicampur bersama dalam tanah pasuan untuk memperbaiki sistem saliran dan pengudaraan tanah. Sesuai untuk orkid epifit dan orkid yang hidup ditanah. Penulis menggemari media ini kerana ia boleh mengurangkan risiko penyakit dek kesan daripada penyiraman melampau.

Teknik menggunakan:

i.                    Siram perlite dengan air supaya ia basah sebelum mengendalikannya. Ini adalah untuk tujuan keselamatan kerana perlite yang berkeadaan kering, partikelnya mudah berterbangan kerana ia sangat ringan. Dibimbangi memudaratkan kita apabila disedut. Tidak rugi kita berhati-hati.

ii.                 Isikan ke dalam pasu sehingga penuh.

iii.               Letakkan orkid di atasnya, boleh juga dibenamkan orkid sehingga menutup rizomnya. Ini tidak memudaratkan kerana perlite masih memberi rongga udara.

iv.               Boleh menggunakan kayu sokongan untuk penanaman orkid yang tinggi dan besar saiznya.

5. Sphagnum moss

Media yang popular dibuat sebagai lapisan untuk menanam orkid  epifit pada tunggul kayu dan potongan dahan tembusu. Ia mampu meyimpan kelembapan dengan lebih lama. Ada juga penanam menggunakan 100% sphagnum moss yang diletakkan di dalam pasu untuk menanam orkid genus phalaenopsis. Ini untuk mengekalkan kelembapan lebih lama kerana orkid jenis ini tidak mempunyai bebawang untuk menyimpan air.

Teknik menggunakan;

i.                    Sphagnum moss yang hendak digunakan direndam di dalam larutan racun kulat semalaman. Angkat dan biarkan sehingga ia  terasa lembap.

ii.                 Isikan ke dalam pasu atau tampalkan kepada tunggul kayu misalnya

6.  Potongan batang paku pakis gajah.

Media ini juga amat digemari oleh penanam orkid kerana ia boleh menyimpan air dengan lebih lama dan mengelakkan kesan buruk daripada penyiraman melampau.  Media ini amat sesuai untuk tanama secara gantung.

Teknik menggunakan;

i.                    Potong batang paku gajah mengikut kesesuaian  orkid yang hendak di tanam.

ii.                 Lekatkan orkid di atasnya dengan menggunakan tali yang tidak mencederakan orkid anda. Penulis biasa menggunakan tali rafia kerana ia akan reput setelah orkid hidup dengan stabil pada media tanaman.

7. Tunggul kayu

Media ini sesuai untuk  tanaman orkid secara gantung. Ia lebih cepat kering berbanding dengan potongan paku pakis gajah.  Ia mudah diperolehi di dalam hutan,di ladang-ladang sawit  atau di tepi sungai.

Teknik menggunakan sama seperti menggunakan potongan batang paku pakis gajah. Boleh diletakkan sedikit Sphagnum moss untuk melambatkan kadar kehilangan air selepas siraman.

8. Potongan dahan tembusu

Penulis menggunakan media ini untuk menanam orkid daripada  famili Bulbophyllum dan Phalaenopsis. Daripada pemerhatian penulis  orkid lebih cepat hidup stabil apabila menggunakan media ini. Ia mempunyai kulit yang tebal yang mampu menyimpan air lebih lama.

9. Tanah campuran

Orkid yang hidup di tanah memerlukan media ini. Penulis biasanya menggunakan campuran tanah kompos, perlite dan sekam padi pada kadar 1:1:1. Ini dapat memberi kadar saliran dan pengudaraan media yang amat baik lepada akar orkid.

10. Tiada media

Tiada media bermaksud orkid digantung bebas tanpa menggunakan  sebarang media. Teknik ini sesuai untuk orkid jenis Vanda. Teknik ini memerlukan kadar penyiraman yang lebih.

PENYEDIAAN PERSEKITARAN HIDUP ORKID

Orkid seperti  tanaman yang lain juga yang memerlukan penanam menyediakan persekitaran hidup yang sesuai untuknya. Perkataan lain yang paling sesuai sekali ialah kadar pencahayaan. Kadar pencahayaan kepada orkid boleh di beri dengan  penyediaan  teduhan sebab setiap jenis orkid memerlukan kadar cahaya yang berbeza-beza. Sebagai contoh, orkid famili Arachnis memerlukan cahaya matahari 100% manakala orkid famili Phalaenopsis memerlukan cahaya matahari hanya 50% untuk hidup dengan subur. Ada 2 teknik teduhan yang biasa digunakan oleh penanam orkid.

a.      Rumah teduhan

Teknik ini amat popular  dikalangan penggemar orkid kerana mudah untuk menyediakan kadar teduhan. Untuk teduhan biasanya mereka menggunakan jaring teduhan berwarna hitam yang biasa dijual. Kadar teduhan jaring tersebut biasanya adalah 50% dan terdapat  beberapa jenis untuk pilihan penanam.

b.      Tanaman bersama pokok teduhan

Teknik ini boleh dikatakan orkid dijadikan antara elemen penyeri taman. Teduhan orkid diperolehi melalui kanopi pokok-pokok teduhan yang ada di taman penanam, atau terus menanam orkid pada dahan-dahan pokok  di taman. Ia lebih kelihatan semulajadi. Sesuai untuk pembinaan landskap berasaskan orkid atau diintegrasikan bersama bunga-bungaan lain.

CARA PEMBIAKAN ORKID

Sebagai penggemar orkid, fasa pembiakan orkid memang tidak dapat di elakkan kerana  ia sudah tentu memberikan anda kelebihan untuk meningkatkan bilangan pokok di dalam koleksi anda. Selain itu risiko anda untuk kehilangan total pokok yang mungkin mati di serang penyakit juga amat rendah kerana mempunyai beberapa pokok  daripada jenis yang sama.

Orkid boleh dibiakkan dengan beberapa cara antaranya:

pembiakan daripada anak benih

  • daripada ‘flask’
  • pot komuniti
  • pot individu
  • pembahagian rumpun

- keratan daripada pokok induk

- biji benih

Daripada  4 cara di atas,  teknik akhir tidak dibincangkan di sini. Ini kerana adalah amat rumit  untuk dilakukan penyemaian secara tersebut. Penulis sendiri tiada pengalaman berkenaan perkara tersebut. Walaupun begitu amat cukup untuk pembaca mengetahui 3 cara yang pertama disebutkan untuk menggandakan koleksi orkid pembaca.

PEMBIAKAN MELALUI ANAK BENIH

1.  Pengeluaran daripada ‘flask’

Benih yang telah disemai akan membesar menjadi anak benih di dalam ‘flask’. Apabila telah cukup besar ia perlu dikeluarkan untuk ditanam di dalam pasu. Anda boleh membeli anak benih di dalam ‘flask’ ini di nurseri orkid yang menjualnya dengan harga serendah  RM20.00, bergantung kepada sesuatu jenis orkid.

Berikut diterangkan teknik mengeluarkan anak benih daripada ‘flask’.

Anak orkid didalam botol (flask) boleh didapati dikebanyakkan nursery orkid.  Harganya dari RM20 hinggalah RM1000 mengikut jenis orkid.  Dalam satu botol ada lebih kurang 5 hingga 50 anak orkid.

Bahan bahan yang diperlukan;

1.                  Racun kulat ( keterangan lanjut dalan bab 3)

2.                  Lumut (sphagnum moss) atau sabut kelapa (yang sudah dihancurkan).  Basahkan lumut air atau sabut kelapa tersebut.

3.                  Kertas suratkhabar

Caranya;

1.                  Keluarkan anak orkid dari botol.  Jika mulut botol itu besar, gunakan penyepit (forceps) yang telah disterilkan.  Jika mulut botol itu kecil maka botol hendaklah dipecahkan.

2.                  Basuhkan anak orkid menggunakan air.  Pastikan tiada agar-agar (jelly) melekat diakar pokok.

3.                  Rendamkan anak orkid itu kedalam larutan anti fungus selama 10 hingga 15 minit.

4.                  Tuskan dan keringkan anak orkid itu di atas kertas suratkhabar selama setengah jam (hanya letakkan di atas kertas suratkhabar dan dianginkan)

5.                  Setelah itu balutkan akar anak orkid dengan lumut air atau sabut kelapa dan masukkan kedalam pasu mengikut saiznya (pasu yang kecil dipanggil thumbpot)

6.                  Untuk anak pokok yang terlalu kecil kumpulkan dan ditanam didalam satu pasu (pasu ini dipanggil compot)

7.                  Letakkan di tempat yang teduh dan tidak terkena air hujan.

8.                  Siram/semburkan baja penyubur sebanyak 2 atau 3 kali seminggu.

9.                  Apabila sudah membesar, pindahkan ke pasu yang besar sedikit mengikut saiz yang bersesuaian dengan anak orkid.  Ulangi proses pemindahan ini 2 atau 3 kali sehingga orkid matang.

Jangkamasa untuk anak orkid membesar hingga matang dan bersedia untuk berbunga adalah dari 5 bulan hingga 3 tahun bergantung pada jenis orkid.  Contohnya, orkid jenis phal mengambil masa sekurang kurangnya 8 bulan untuk berbunga.

2. Pot komuniti

Orkid yang telah dikeluarkan daripada ‘flask’ dan telah ditanam secara kelompok di dalam satu pasu dikenali sebagai  ‘Communiy Pot’ atau ringkasnya ‘compot’. Penanam boleh terus membeli orkid yang telah siap di tanam di dalam ‘compot’ di nurseri orkid.Setiap ‘compot’ biasanya mengandungi antara 10-20 anak pokok. Risiko orkid untuk hidup jika dibiakkan  cara begini adalah lebih tinggi berbanding secara ‘flask’. Oleh itu  bagi anda yang kurang pengalaman, boleh membeli ‘compot’ orkid  untuk menggandakan koleksi orkid anda.

3. Pot individu

Setelah orkid di dalam ‘compot’ membesar, nurseri akan memindahkannya dalam pasu yang lebih besar  secara individu. Maka, anda juga boleh membeli  orkid secara begini kerana biasa orkid yang di tanam di dalam pasu individu telah hidup stabil.

PEMBAHAGIAN RUMPUN

Teknik pembiakan ini amat sesuai untuk orkid simpodial. Apabila rumpun orkid telah cukup besar ia boleh dipecahkan kepada beberapa rumpun kecil untuk dibiakkan.

Keratan daripada pokok induk

Teknik  pembiakan ini  amat sesuai untuk orkid monopodial. Sebahagian pucuk orkid yang telah mempunyai akar dipotong  daripada pokok induk dan di tanam sebagai satu individu yan baru.

CARA PENJAGAAN ORKID

Pada bab ini penulis membincangkan  elemen-elemen penting untuk mendapatkan orkid yang hidup subur, sihat dan seterusnya memberikan anda kepuasan melihat bunganya. 4 elemen yang  dibincangkan nanti adalah  daripada pengalaman penulis dan perkongsian maklumat sesama penanam orkid  berdasarkan cuaca iklim tropika di Malaysia. Pengalaman penulis, penjagaan seperti penyiraman  dilakukan secara automatik pada hari bekerja. Pada hari cuti hujung minggu, penulis lakukan siraman secara manual, pemeriksaan penyakit,  pembajaan dan pembiakan jika perlu.

‘ROOT GOOD, GROWTH GOOD, FLOWER GOOD’

Kata-kata di atas adalah satu  lagi petua  yang amat bagus untuk anda ingat di dalam penjagaan orkid. Setiap pokok baru di tanam atau pemindahan pasu , penulis akan memberi perhatian lebih di dalam usaha untuk memberi pertumbuhan akar baru dengan baik dan sihat.

1. Penyiraman

Jika anda ragu ragu untuk menyiram, JANGAN SIRAM !

Di atas adalah satu  petua yang popular  dan dijadikan panduan oleh penanam orkid. Ini kerana dibimbangi anda telah melakukan penyiraman yang  melampau terhadap koleksi orkid anda. Kesan buruk tabiat ini ialah  anda ‘menjemput’ penyakit  kepada kloeksi orkid anda.  Ini kerana orkid mampu menyimpan air  di dalam bebawangnya  seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Orkid juga mempunyai akar udara yang mampu menyerap wap air di persekitaran hidupnya. Walaupun begitu kadar penyiraman orkid bergantung kepada beberapa faktor seperti:

a. Cuaca semasa

Kadar kekerapan penyiraman di musim panas sudah tentunya lebih berbanding di musim hujan.

b. Media tanaman digunakan

Jika anda menggunakan media yang dapat menyimpan air lebih lama, maka kadar penyiraman hendaklah  kurang daripada media yang cepat kering.

c. Iklim mikro

Bermaksud adalah  iklim kawasan penanaman anda. Ini kerana iklim mikro adalah berbeza beza di antara anda dengan penanam orkid yang lain.

Penyiraman hendaklah dilakukan sebaik baiknya pada waktu pagi atau petang.  Penyiraman di waktu tengahari  akan  menyebabkan  air yang bertakung di celah daun   akan menyebabkan penyakit reput pucuk dan daun melecur dek proses pemanasan air oleh matahari.

Teknik penyiraman boleh digunakan  secara manual atau memasang satu sistem penyiraman automatik yang mudah seperti penulis gunakan.

2. Pengudaraan

Orkid memerlukan pengudaraan yang baik supaya tidak mudah di serang penyakit terutamanya penyakit yang disebabkan bawaan kulat. Pengudaraan yang baik boleh diberi dengan susun atur  orkid  yang tidak terlalu padat atau membekal  pengudaraan buatan seperti memasang kipas. Penulis hanya menggunakan teknik susun atur orkid sahaja bagi menjimatkan kos selengaraan.

3. Pembajaan

Pembajaan adala sesuatu  yang mesti diberi  kepada tanaman  termasuk orkid untuk mendapatkan kualiti hidup  orkid yang lebih baik. Bagaiman teknik membaja orkid?

‘WEAKLY,  WEEKLY‘

Di atas adalah satu lagi  petua yang  bagus di jadikan panduan untuk anda membaja orkid. Ia membawa maksud anda menggunakan sukatan kepekatan  baja yang rendah  untuk setiap minggu semburan. Orkid hanya menyerap nutrien yang diperlukan sahaja pada sesuatu ketika. Jangan  menggunakan kepekatan  tinggi dan disembur sebulan sekali. Ini adalah teknik yang salah  dan merugikan anda.

1.      Panduan memilih baja

Penerangan unsur unsur di dalam baja bagi keperluan tanaman adalah kompleks. Penulis  cuba ringkaskan bahawa pemilihan baja bergantung kepada kehendak anda. Dipasaran terdapat pelbagai jenis baja yang dijual  untuk pilihan pengguna.  Jika inginkan tumbesaran pokok anda perlukan baja yang mengandungi kadar nitrogen (N) yang lebih tinggi. Jika untuk pembungaan, anda perlukan baja yang kandungan fosforus(P) dan kalium(K) yang lebih tinggi.

Biasanya pada  label baja akan tertera semua kandungan ketiga-tiga unsur tersebut.

Contoh: Baja A : N P K  +TE  :  13 27 27   1%

Untuk Baja A tersebut, ia sesuai untuk pembungaan orkid anda kerana  mengandungi  unsur nitrogen 13 % dan unsur fosforus dan kalium sebanyak 27%. +TE di sini bermaksud  baja ini mempunyai  ‘trace element’ atau unsur surih  sebanyak 1%. Unsur surih bermaksud  nutrien tambahan yang diperlukan oleh tanaman tapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Ia boleh diumpamakan seperti anda makan nasi dengan aneka lauk pauk. Nasi adalah keperluan  utama anda, lauk pauk ada keperluan sampingan sahaja.

Penulis menggunakan baja organik ‘B’GREEN  seaweed’  untuk  memberi pertumbuhan yang sihat dan ‘B’GREEN bloom & fruit’ untuk  membekal nutrien yang diperlukan untuk orkid berbunga.

B’GREEN seaweed   adalah baja organik campuran yang diperkaya dengan seaweed yang mana  ia telah digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai baja kerana mengandungi  beberapa hormon semulajadi yang amat  diperlukan oleh tumbuhan, mengandungi 60 unsur surih(TE) dan mengandungi  elemen sebagai  anti  beberapa penyakit  bawaan kulat dan serangga penghisap cecair tumbuhan.

B’GREEN bloom & fruit  adalah campuran  baja bukan organik  N P K  +TE : 5 35 15 2% dengan satu bahan organik bertujuan  untuk mempermudahkan dan mempercepatkan kadar penyerapan  nutrien oleh  tumbuhan.

Kawalan penyakit dan perosak orkid

Kawalan perosak merupakan satu perkara amat penting untuk anda ambil perhatian. Ini kerana ia mempengaruhi kualiti  hidup  orkid  dan mungkin yang lebih  penting anda mungkin kehilangan  orkid anda selamanya.

Penyakit orkid boleh dikelaskan kepada  bawaan 4 elemen, iaitu virus, bakteria, serangga dan kulat.  Kemahiran mengenal penyakit  memerlukan pengetahuan dan pengalaman kerana kadang kala  sesuatu penyakit itu mempunyai  tanda yang sama  untuk bawaan  virus atau bakteria atau kulat. Di sini penulis berkongsi pengalaman untuk rawatan penyakit bawaan  serangga, kulat dan bakteria sahaja.

1 Virus

Penyakit bawaan virus agak sukar untuk kita kenal pasti secara teliti kerana memerlukan ujian makmal. Bagaimanapun serangan virus hanya melemahkan pokok orkid anda, tidak menyebabkan  kehilangan poko k orkid kesayangan anda. Untuk mengelakkan jangkitan  virus  anda perlu  menjaga kebersihan kawasan penanaman. Untuk rawatan , anda perlu memusnahkan pokok yang dijangkiti. Ya , sudah pasti ia satu keputusan yang sukar untuk anda!

2 Bakteria

Biasanya tanda penyakit  orkid disebabkan  bakteria  meyamai  dengan penyakit bawaan kulat. Apa yang penulis perhatikan,  penyakit  bawaan bakteria adalah lebih cepat merebak  berbanding bawaan kulat. Tanda biasa penyakit bawaan bakteria ialah  reput pada mana-mana bahagian pokok dan berbau busuk. Keadaan tempat penanaman yang terlalu lembap dan  pengudaraan yang  kurang baik adalah antara faktor jangkitan.

Antara penyakit  bawaan bateria adalah:

Reput bakteria (Bacterial rot) – satu bintik coklat berair pada daun, cepat merebak. Biasa menyerang orkid famili Phalaenopsis.

Reput daun ( Brown Rot) – bintik berair pada daun, daun kuning dan gugur.

3. Kulat (fungus)

Tanda seperti  disebabkan  oleh bakteria tetapi  kadar merebak lebih lambat  dan tidak mengeluarkan bau busuk. Keadaan tempat penanaman yang terlalu lembap dan pengudaraan yang kurang baik adalah punca utama jangkitan. Antara penyakit bawaan kulat yang biasa menyerang orkid ialah:

Antraknose

Black leaf spot

Cercospora leaf spot

Reput hitam ( Black rot)

Reput pangkal ( Basal rot)

Reput pucuk ( Crown rot)

Oleh sebab itu  ada  pengeluar  yang mengeluarkan racun 2 dalam 1  iaitu untuk merawat  penyakit kulat dan bakteria serentak. Ada racun yang dijual boleh merawat beberapa jenis penyakit dan ada yang tertumpu kepada satu jenis penyakit sahaja untuk pilihan pembeli.

1. Rawatan terhadap bakteria dan kulat

Potong dan buang bahagian jangkitan. Jika orkid simpodial, penulis membuang  rumpun kecil yang dijangkiti. Jika orkid monopodial, ia biasa berlaku pada daun, penulis hanya memotong daun yang dijangkiti sahaja.

Sapukan atau semburkan racun kulat yang bersesuaian dengan penyakit kepada rumpun atau pokok yang telah sihat untuk langkah berjaga mengelakkan jangkitan.

Perhatikan perkembangan rumpun atau pokok yang telah dirawat, jika masih terdapat sebarang  jangkitan, ulangi proses di atas.

4. Serangga

Serangan serangga terhadap orkid adalah sesuatu yang  biasa. Antara serangga yang popular menyerang orkid adalah :

a. Semut

e. White flies

b. Aphid

f. Mites

c. Lipas

g. Scale insects

d. Kumbang

h.  Siput

Aphid, Mealy bug, Mites, Scale insects dan Thrips adalah serangga penghisap cecair tumbuhan.  Mereka biasa  terdapat di bawah daun  orkid  dan mudah di lihat dengan mata kasar. Ia akan menyebabkan pertumbuhan pokok terencat. Kehadiran mereka boleh di kesan seperti berikut:

Aphid- terdapat warna kehitaman pada pokok , biasanya di bawah daun dan celahan daunan dan batang orkid.

White flies –  seperti lalat kecil warna putih berdebu berkelompok di belakang daun.

Mites  – warna kemerahan di belakang daun,  belakang daun akan menjadi kuning dan hitam jika jangkitan teruk serta cepat merebak. Ia suka keadaan yang kering.

Scale insect – warna kuning keputihan  di atas daun dan batang pokok orkid.

Thrips – warna agak coklat di atas daun  orkid.

Koleksi penulis  biasa diserang oleh mites dan  white flies sahaja. Ia menyerang orkid yang mempunyai daun yang lembut seperti famili Sphatoglottis, Catasetum dan Coelogyne.

Kumbang, lebah dan semut akan merosakkan bunga yang telah kembang dengan memakan kudup bunga dan juga  pendebugaan yang tidak kita kehendaki. Koleksi penulis biasa di serang kumbang berwarna kuning yang selalu meninggalkan larva pada tangkai bunga yang akan  memakan keseluruhan bunga. Lebah dan semut tidak menjadi masalah utama kepada koleksi penulis.

Siput dan lipas akan memberi masalah dengan cara ia memakan akar  dan pucuk muda pokok orkid anda. Ini akan merencatkan pertumbuhan pokok. Koleksi penulis hanya berhadapan dengan masalah siput sahaja

Panduan membeli racun serangga dan kulat

Beli  racun yang boleh merawat penyakit  yang anda kehendaki. Biasanya pengeluar akan memberi  informasi ini pada  bungkusan racun. Ini kerana kadangkala terdapat penjual yang kurang pengetahuan mengenai penyakit orkid dan racun yang sesuai untuk rawatan.

Sekian, semoga bermanfaat untuk anda. Khairimhd

Sebarang pertanyaan sila emel ke khairimhd@yahoo.com.sg

17 Respons to “TEKNIK MENANAM ORKID DI MALAYSIA”

  1. Kamaruddin Daud berkata

    Cantik bunga orkid dalam pasu tu, jual ke macam mana nak cont awak

  2. swee rin berkata

    Masalah saya ialah baja penyubur. Boleh tak tuan cadangkan baja penyubur terbaik>>?

  3. zaitun binti ishak berkata

    Mengapa daun orkid kadangkala berwarna kuning, layu dan menyebabkan pokok orkid hanya tinggal batangnya sahaja?

  4. intan bte. set berkata

    intan sehat

    Orkid saya dah tua,tinggal batang!bagaimana cara untuk mengeluarkan anak orkid baru!!!

  5. muhaimin berkata

    saya muhaimin, dari hexagon green sdn bhd..syarikat kami menjual keratan bunga dan anak pokok orkid daripada tisu kultur. kami mempunyai ladang sendiri di taman agroteknologi,bukit changgang, banting yg seluas 10 ekar dan menempatkan kira kira 200,000 pasu pokok orkid dari pelbagai spesies antaranya dendrobium, mokara, aranda, renanthera dan phalaenopsis..jika berminat, sila hubungi muhaimin (0193727419) atau emel ke hexagongreen@gmail.com..tq

  6. mohd nor berkata

    Maklumat mengenai penanaman orkid sangat baik. Begitu juga contoh orkid yang dipaparkan menarik dan informatif serta boleh di jadikan panduan. Bagaimana cara mudah untuk menamakan pokok orkid yang di biak dari anak pokok yang di beri oleh kawan kawan.

    • zainura66 berkata

      Assalamualaikum Tuan Mohd Nor,

      Terima kasih kerana sudi berkunjung di weblog ini. Agak kurang jelas soalan tuan mengenai ‘cara mudah untuk menamakan pokok orkid yang di biak dari anak pokok’. Sebenarnya orkid mempunyai dua jenis iaitu orkid hibrid (kacukan dari sel pokok orkid itu sendiri etc) dan orkid spesis (disebut juga sebagai orkid hutan atau orkid liar.

      Paling mudah mengetahui nama orkid bila ia telah mengeluarkan bunga. Jika orkid yang baru ditanam kita hanya mampu mengenali sifat pokok orkid melalui daun, cara pertumbuhannya untuk tahu nama genera orkid itu sendiri tapi agak sukar untuk mengetahui namanya yang sebenar tanpa melihat bunganya.

      Sekian, terima kasih

  7. mohamad razif berkata

    bleh terangkan tak macam man pembiakan orkid melalui tisu kultur,kalau bleh tunjukn gambar nye sekali,hehe

    • zainura66 berkata

      Maafkan saya Encik Mohamad Razif, saya tidak buat tisu kultur bagi sebarang orkid. Boleh belajar tisu kultur di MARDI …..

  8. Johnd389 berkata

    I do trust all of the ideas you’ve presented in your post. They’re very convincing and can certainly work. Nonetheless, the posts are very short for beginners. May just you please lengthen them a bit from next time? Thanks for the post. dkedfdkcacec

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: